catatan hati seorang perantau hakiki

AS-SALAM


ntah kenapa hari ni aku rasa nak kongsi resipi.. pelik kan? aku tak de lah selalu masak sendiri, asyik-asyik makan luar je aku pandai... hmm.. orang kata, kalau kita tetiba buang tebiat ni, alamat nya dah nak mati.. hahaha. InsyaAllah moga-moga aku hidup panjang, sekurang-kurangnya biarlah aku yang uruskan pengebumian mak dan ayah aku. 

baiklah, kali ni aku nak kongsi resipi sup ketam... aku dah buat dua kali dalam masa seminggu, tapi lupa nak amek gambar sup tersebut, so aku letaklah gambar temple yang aku sempat snap time pergi Kansai tempoh hari...

RESIPI SUP KETAM

BAHAN A:
  1. 5 ulas bawang merah dimayang (kalau tak ada bawang merah, bawang besar pun boleh)
  2. 3 ulas bawang putih dimayang
  3. 1 inchi halia diketuk atau dipotong nipis
  4. 1 batang kulit kayu manis
  5. 2 kuntum bunga lawang
  6. 3 biji buah pelaga
BAHAN B:
  1. 4 ekor ketam (dibersih dan dipotong)
  2. 2 biji kentang
  3. 1 bungkus sup bunjut
  4. 2 sudu besar perencah sup
  5. 2 sudu besar serbuk lada putih (lada sulah)
  6. 6 cawan air
  7. garam/gula secukup rasa
  8. daun bawang
  9. cendawan tiram
CARA-CARA:
  1. Tumis bahan A hingga wangi. Kemudian, masukkan air dan sup bunjut. Masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan ketam, cendawan tiram dan kentang.
  3. Masukkan lada sulah, garam, gula dan perencah sup.
  4. Setelah masak, masukkan daun bawang yang sudah dipotong.
kalau nak masak ketam, pastikan ketam tersebut betul-betul masak, sebabnya ketam yang tak betul-betul masak boleh menyebabkan keracunan makanan... macam mana nak tahu ketam tu dah masak belum? ketam yang sudah masak akan berubah warna.... btw,, sup ketam ni, aku cadangkan korang makan dengan NASI GORENG.. perghhh.. memang syokkkkk...

sekian sahaja.. jyaaaa....

btw,, ketam kat jepun ni mahal wooooo... seekor dalam 22 ringgit.. perghhh.. mengidam punya pasal, bertebangan duit-duit aku.. sob sob...

14 ulasan:

  1. kaksura jarang masak sup ketam ni..tapi bila baca n3 ni rasa nak buat pulak..hehehe..btw salam ukhuwah..follow sini..:)

    BalasPadam
  2. salam blooging...saya dah add anda sebagai follower..sedap sup ketam itu.

    BalasPadam
  3. wah.. mesti sedap ni.. berbakat betul memasak.. akak tak suka sangat makan ketam atau seafood.. selalu makan ikan saja.. kalau sotong akak suka goreng celup tepung saja..

    BalasPadam
  4. @kak sura..
    try jangan tak try. insyaAllah sedap.. btw,, salam ukhuwah. moga kekal..

    BalasPadam
  5. @kak aiza...

    haha.. saya jarang masak...ni pun terlebih rajin tetiba... saya suka gak ikan.. suka2x..

    BalasPadam
  6. Ida pun macam kak sura jarang buat sup ketam ni... ida biasa buat sambal atau masak lemak cili api jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ida

      Saya xpandai masak lemak. So msk sup je lah paling sng. Heheh

      Padam
  7. wajibb try nihh . awat laa ang cakap lagu tuhh . moga panjang umoq nahh :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try jngn xtry. Hehe. Saje je gurau. InsuaAllah umur panjang

      Padam
  8. oo..so teror masak jugak la ni? bagus bagus bagus..nanti bole ajarkan sy pulak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik itah.
      Hehe. Xpandai pun msak. Pandai makan je. Ni dah kira pelik saya masak. Biasanya malas masak, makan luar je.

      Padam
  9. Haha. Mula-mula fikir jugak kenapa gambar tu yang diletakkan. Macam takdek kaitan dengan sup ketam. Heee

    BalasPadam
  10. Wanariahamiza

    Haha. Tu lah. Lupa nak amek gmbr, so terpaksa letak gmbr lainn. Haha

    BalasPadam