Thursday, November 14, 2013

TRAVEL TIPS: PULAU LANGKAWI

AS-SALAM


ohoiiii... dah pukul 1:10 pagi, tapi terhegeh-hegeh lagi nak update blog.. haha.. tapi tak pe, sekejap je aku nak tulis post baru ni, sebab post ni aku cedok dari blog lama aku... 

ok lah, kali ni aku nak kongsi semula tip-tip melancong ke pulau mahsuri, iaitu pulau langkawi.. first time aku pergi ialah kira-kira 3 tahun yang lepas... perghhh.. memang syookkkk gua cakap sama lu.. insyaALLAH nanti nak pergi lagi...

PAKEJ PERCUTIAN

untuk pakej percutian, aku time tu pilih pakej yang ditawarkan oleh agensi One Team Holiday. tapi aku rasa diaorg dah tukar nama kepada Zulu Travel & Tours Sdn Bhd (link). so, kepada yang low in budget tu,, aku amat sarankan untuk amek pakej dengan agensi ni sebab service diaorang memang thumbs up... nak dijadikan cerita, aku ngan geng-geng aku time pergi Langkawi dulu, just amek pakej yang paling murah dengan penginapan di Apartment Sri Idaman. tapi bila sampai sana, pihak agensi bagi kitaorang bermalam di Apartment Century Suria yang sepatutnya untuk pakej yang lebih mahal.. alasan diaorang, sebab Apartment tu tak de orang booking.. Alhamdulillah, moga murah rezeki diarorang.. 


TEMPAT-TEMPAT MENARIK

untuk tempat yang menarik yang aku rasa korang patut pergi ialah, 1) Underwater World Langkawi, 2) Cabel Car, 3) Bird Paradise, 4) Crocodile Park, 5) Dataran Helang dan 6) Makam Mahsuri.. 


bird paradise
underwater world

untuk cabel car, aku sarankan korang untuk pergi waktu petang-petang sket.. sebabnya, kalau korang pergi awal pagi, berkemungkinan korang hanya nampak kabus tebal je.. dan kalau pergi waktu malam plak,, korang bersedia lah untuk terima kunjungan hantu-hantu sekalian.. haha.. dah nama pun malam, comperm lah tak nampak pape... btw, untuk bird paradise plak,, aku cadangkan korang pergi waktu pagi.. alasannya, sebab burung-burung time tu ngah lapar sebab semalaman tak makan... so, korang beli lah makanan burung yang dijual kat sana, dan insyaALLAH burung akan datang kat korang untuk makan... seronok-seronok.. haha... kalau korang pergi waktu petang, al-maksudnya korang hanya boleh tengok burung dari jauh je lah sebab mereka dah pun kenyang dek pelancong-pelancong sebelum korang...  dan, dan, dan untuk datarang helang plak... korang dinasihatkan untuk datang waktu senja... waktu dimana banyak burung helang akan terbang disana..


ISLAND HOPPING

selain korang pergi ke tempat-tempat menarik kat atas, Island Hopping gak benda yang wajib korang buat kalau pergi ke Pulau Langkawi.. Island Hopping ni, korang akan dibawa pusing-pusing pulau dengan bot, dan korang akan dibawa singgah ke satu pulau yang ada tasik dayang bunting.. then, korang juga akan dibawa ke satu pantai yang cantik untuk mandi manda.... 


Island Hopping

MEMBELI-BELAH

chocolate, benda yang wajib dibeli kalau pergi sana.. macam-macam jenis chocolate ada, harga plak murah-murah belaka.. paling murah bagi aku ialah Kedai Haji Ismail Group.. tapi beza harga dengan kedai-kedai lain tak jauh sangat pun... btw,,, kalau korang ni jenis yang Kipas-Susah-Mati chocolate jenma Kisses, aku ada terjumpa satu kedai yang jual 50sen lebih murah berbanding dengan kedai lain iaitu kedai One Stop Shopping Centre... 


beli chocolate

cenderamata plak, aku tak tahu kat mana yang murah tapi dulu aku memborong kat Beras Terbakar.. Harganya boleh tahan murah la....

dan last skali, untuk yang nak beli pinggang, mangkuk atau alatan dapur tu,, insyaALLAH kedai Idaman Suri adalah pilihan yang baik untuk melabur.. haha

jya, AS-SALAM

13 comments:

  1. best dapat pergi langkawi.. akak tak pernah lagi sampai sana.. teringin la juga nak ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg wajib pergi.. lawa.. perghhh.. haha

      Delete
  2. last pegi awal tahun nie.. mmg xpuas ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. memang pg skali tak puas pun.. hehe... jom jom pg lagi

      Delete
  3. baru sekali sampai Langkawi...ni pun bnyk dah lost apa yg ada kat sna. masa tu cilik lg aku...
    btw, tips yg dikongsikan menarik...mana tau ada rezeki g sana kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita. baru skali gk smpai sana. moga tips ni bermanfaat. hehe

      Delete
  4. Aduhhh, tak pernah sampai lagi Langkawi laaa.

    ReplyDelete
  5. Mmg ada plan ke sana cuti sek ni..mmg kena booking dulu ke utk penginapn..ikut pakej ni mcm mana ye

    ReplyDelete
  6. @atien zuraidah

    saya dulu amek pakej untuk group slama 3hari 2 malam... kena book dulu, then bayar deposit... usah risau, InsyaAllah selamat kalau amek pakej ni..

    ReplyDelete

RESTAURANT REVIEW: JOM LEPAK D' MUARA

ASSALAMUALAIKUM sebelum aku teruskan penulisan dan sebelum korang teruskan pembacaan, aku nak ingatkan korang siap siap yang review ...