AS-SALAM
ohoiiii... dah pukul 1:10 pagi, tapi terhegeh-hegeh lagi nak update blog.. haha.. tapi tak pe, sekejap je aku nak tulis post baru ni, sebab post ni aku cedok dari blog lama aku...
ok lah, kali ni aku nak kongsi semula tip-tip melancong ke pulau mahsuri, iaitu pulau langkawi.. first time aku pergi ialah kira-kira 3 tahun yang lepas... perghhh.. memang syookkkk gua cakap sama lu.. insyaALLAH nanti nak pergi lagi...
PAKEJ PERCUTIAN
untuk pakej percutian, aku time tu pilih pakej yang ditawarkan oleh agensi One Team Holiday. tapi aku rasa diaorg dah tukar nama kepada Zulu Travel & Tours Sdn Bhd (link). so, kepada yang low in budget tu,, aku amat sarankan untuk amek pakej dengan agensi ni sebab service diaorang memang thumbs up... nak dijadikan cerita, aku ngan geng-geng aku time pergi Langkawi dulu, just amek pakej yang paling murah dengan penginapan di Apartment Sri Idaman. tapi bila sampai sana, pihak agensi bagi kitaorang bermalam di Apartment Century Suria yang sepatutnya untuk pakej yang lebih mahal.. alasan diaorang, sebab Apartment tu tak de orang booking.. Alhamdulillah, moga murah rezeki diarorang..
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
untuk tempat yang menarik yang aku rasa korang patut pergi ialah, 1) Underwater World Langkawi, 2) Cabel Car, 3) Bird Paradise, 4) Crocodile Park, 5) Dataran Helang dan 6) Makam Mahsuri..
bird paradise |
underwater world |
untuk cabel car, aku sarankan korang untuk pergi waktu petang-petang sket.. sebabnya, kalau korang pergi awal pagi, berkemungkinan korang hanya nampak kabus tebal je.. dan kalau pergi waktu malam plak,, korang bersedia lah untuk terima kunjungan hantu-hantu sekalian.. haha.. dah nama pun malam, comperm lah tak nampak pape... btw, untuk bird paradise plak,, aku cadangkan korang pergi waktu pagi.. alasannya, sebab burung-burung time tu ngah lapar sebab semalaman tak makan... so, korang beli lah makanan burung yang dijual kat sana, dan insyaALLAH burung akan datang kat korang untuk makan... seronok-seronok.. haha... kalau korang pergi waktu petang, al-maksudnya korang hanya boleh tengok burung dari jauh je lah sebab mereka dah pun kenyang dek pelancong-pelancong sebelum korang... dan, dan, dan untuk datarang helang plak... korang dinasihatkan untuk datang waktu senja... waktu dimana banyak burung helang akan terbang disana..
ISLAND HOPPING
selain korang pergi ke tempat-tempat menarik kat atas, Island Hopping gak benda yang wajib korang buat kalau pergi ke Pulau Langkawi.. Island Hopping ni, korang akan dibawa pusing-pusing pulau dengan bot, dan korang akan dibawa singgah ke satu pulau yang ada tasik dayang bunting.. then, korang juga akan dibawa ke satu pantai yang cantik untuk mandi manda....
Island Hopping |
MEMBELI-BELAH
chocolate, benda yang wajib dibeli kalau pergi sana.. macam-macam jenis chocolate ada, harga plak murah-murah belaka.. paling murah bagi aku ialah Kedai Haji Ismail Group.. tapi beza harga dengan kedai-kedai lain tak jauh sangat pun... btw,,, kalau korang ni jenis yang Kipas-Susah-Mati chocolate jenma Kisses, aku ada terjumpa satu kedai yang jual 50sen lebih murah berbanding dengan kedai lain iaitu kedai One Stop Shopping Centre...
beli chocolate |
cenderamata plak, aku tak tahu kat mana yang murah tapi dulu aku memborong kat Beras Terbakar.. Harganya boleh tahan murah la....
dan last skali, untuk yang nak beli pinggang, mangkuk atau alatan dapur tu,, insyaALLAH kedai Idaman Suri adalah pilihan yang baik untuk melabur.. haha
jya, AS-SALAM
best dapat pergi langkawi.. akak tak pernah lagi sampai sana.. teringin la juga nak ke sana..
BalasPadammmg wajib pergi.. lawa.. perghhh.. haha
Padamlast pegi awal tahun nie.. mmg xpuas ke sana..
BalasPadamowh.. memang pg skali tak puas pun.. hehe... jom jom pg lagi
Padambaru sekali sampai Langkawi...ni pun bnyk dah lost apa yg ada kat sna. masa tu cilik lg aku...
BalasPadambtw, tips yg dikongsikan menarik...mana tau ada rezeki g sana kan...
sama lah kita. baru skali gk smpai sana. moga tips ni bermanfaat. hehe
Padambanyak shopping di langkawi ya?
BalasPadambanyak shopping chocolate je. hehe
PadamAduhhh, tak pernah sampai lagi Langkawi laaa.
BalasPadamtry lah pg skali. memang berbaloi.
PadamMmg ada plan ke sana cuti sek ni..mmg kena booking dulu ke utk penginapn..ikut pakej ni mcm mana ye
BalasPadamtry lah call. hehe
Padam@atien zuraidah
BalasPadamsaya dulu amek pakej untuk group slama 3hari 2 malam... kena book dulu, then bayar deposit... usah risau, InsyaAllah selamat kalau amek pakej ni..