catatan hati seorang perantau hakiki

AS-SALAM


ooohoiiiii. jumpa lagi semua... hehe.. jangan ingat aku dah tak suka menulis,, cuma kekangan masa yang menghalang aku berleter disini.. =P

ok, sebelum aku tulis review,, aku ada satu benda nak cerita kat korang semua... 2 minggu lepas,, aku ada pergi jenjalan cuci mata tengok baju-baju kat Lalaport Toyosu... aku ni jenis yg benci tengok orang main handphone sambil berjalan.. tetapi entah macam mana,, hari tu kebetulannya aku jenjalan dalam mall tu sambil mata tengok kebawah main handphone., then,,, tetiba ada sorang budak umur 5 tahun mungkin, yang berlari dari arah depan aku dan hampir melanggari aku.. aku terkejut, dan yang paling mengejutkan apabila ada suara jeritan kemarahan dari depan...

MakCIk A; 前見て!(tengok depan!!)

glurrpppp.. aku terkejut dan terkesima.. makcik tu marah aku atau pun marah anak dia... erkkk... tapi yang pasti,, aku dan anak dia bersalah dalam hal ni... haha..

ok lah... aku nak tulis review plak... kat jepun ni,, memang ramai yang guna basikal,, beza dengan malaysia,, hampir 90% pelajar kat universiti aku datang kelas dengan basikal.. dan aku pun tak ketinggalan dalam bab ni.. so, nak dijadikan cerita, aku ni suka benor kayuh basikal sambil dengar lagu guna earphone.. (shhh.. sebenarnya guna earphone sambil berbasikal adalah satu kesalahan kat jepun) tapi, tapi, jujur aku katakan yang wayar earphone yang panjang tu amat menyerabutkan dan amat tidak mententeramkan jiwa ketika berbasikal... maka dengan itu, sebagai langkah penyelesaian, aku belilah earphone yang guna bluetooh ni.. tak de lah nak serabut sangat dengan wayar dia yang panjang... 


the good: lightweight, very good sound quality, strong pairing connection with no noise
the bad: battery life is not great (4.5 hours)


earphone ni skali ngan fit stabilizer. apa function dia? function nya adlah untuk kasi earbud tu betul-betul melekat kat telinga... memang superbbbb...

macam aku cakap tadi, pairing connection antara earbuds ni dengan handphone,, memang kuat.. so kadang-kadang, aku boleh lupa kat mana aku letak handphone aku.. haha.. dan yang paling menakjubkan ialah,,, walaupun ianya wireless earbuds, noise tu boleh dikatakan langsung tiada... sound quality memang terbaikk...

tapi macam mana pun, kekurangan itu tetap ada. yang paling jelas ialah,, battery nya cepat benor habis... dalam 4 jam lebih jeww... 

untuk gadget kali ni,, aku bagi ranting sebanyak

RANTING; 7.8/10


13 ulasan:

  1. wah.. canggih betul earphone jenis macam ni.. :D

    BalasPadam
  2. best2.. kalau pakai earphone cm nie.. org jerit kat telinga pun tak dengar..

    BalasPadam
  3. @mizz aiza.. beli lah satu.. hehe..

    @hafiza aizzawa... hahaha.. melampau tu kalau tak dengar gak org jerit.. hehe.. kena jumpa pakar telinga tu..

    BalasPadam
  4. Bru tgk earpon cmni..klu pkai ni sapa pnggil pun x dgr ni..huhumcm ada kepit je tu.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak adrianna. Hehe. Kepit tu tujuannya untuk kasi melekat kat telinga, utk kasi tak jatuh. Hebat kan?

      Padam
  5. wahh..mesti best sound earphone ni kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik itah. Yuppy. Memang best. Hehe. Beli jngn xbeli

      Padam
  6. perghh , untunglaa belajar kat jepon . orang cakap , kita paham . andd macam best jee earfon cenni xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Super girl. Hehe. Xde lah untung sangt. Hehe. Btw, yup earphone ni mmg besttt

      Padam
  7. Salam ziarah!

    Wowooh, macam best je ada earphone macam tu. Menarik la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wanariahamiza.

      Yuppy. Memang best. Hehe. Tp harga mahal sket lah.

      Padam
  8. assalamualaikum..sblm terlpe nk ucap tahniah untk bln 3 thun hadapn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wan nur afifah. Hehe. Terima kasih. Doakan saya berjaya selalu

      Padam