Monday, February 17, 2014

PERJALANAN 5 TAHUN, KINI BERAKHIR

AS-SALAM


Alhamdulillah. piunnggg, dusshhh,,, piunnnnggg, dushhhh... bunyi bunga api dilangit... you know what,, aku dah habis belajor!!! yahooo... setelah 5 tahun berhempas pulas, akhirnya khamis lepas adalah hari terakhir aku sebagai pelajar di Shibaura Institute of Technology..

Alhamdulillah again. Thesis dah siap dihantar, final research presentation pun dah selesai. sepanjang tahun akhir di sini, macam macam benda aku belajar, dan yang pasti,, dapat tambah kawan baruu... ohoiiiii. gumbira gumbira... 

btw,, yang gambor atas tu, ialah aku dan kawan yang paling rapat dalam makmal aku.. tsujimoto nama nya.... dia lah yang selalu ingatkan aku waktu solat, dia lah yang sanggup ganti aku buat kerja supaya aku dapat solat dengan tenang, dia juga yang selalu jaga halal haram makanan aku, dia pun kadang kadang suka tanya pasal Islam, dia suka hisap rokok (tetiba.. haha).. aku ingat lagi,, kadang kadang aku puasa, dan tetiba waktu aku puasa tu ada meeting yang panjang sehingga masuk waktu maghrib, dia yang lebih berani minta tangguhkan meeting utk bagi peluang aku bukak puasa.. bagus kan??!!!!

hmmm.. Alhamdulillah juga, dalam masa tahun aku dah ada 3 journal, 1 sebagai first writer dan 2 lagi sebagai 2nd writer. 


gambar kat atas ni plak ialah ketika aku bentangkan kertas kerja aku di 24th 2013 International Symposium on Micro-NanoMechatronics and Human Science. walaupun tak dapat journal terbaik, tapi peluang ni memang satu peluang yang amat bernilai untuk aku...

owh lupa nak cerita, tema research aku ialah Plasma for Cancer Treatment. alhamdulillah, dapat buat yang terbaik walaupun aku yakin aku mampu buat yang lebih baik kalau bagi lebih komitment. tapi benda dah lepas. usah kau pandang belakang lagi.. gittuwww. hahaha

tu je yang aku nak cerita. maaf sebab hanya kisah diri sendiri. insyaALLAH 13hb 3 2014 adalah tarikh convo.. then 17hb3, aku balik Malaysia.. weyhhh. tak sabar nak makan makanan malaysia. hari first nak makan nasi lemak. hari kedua nak makan nasi ayam the chicken rice shop. hari ketiga nak makan nasi arab. hari keempat........ fuhhhh. aku dah buat list sebenarnya. hahaha..

jya, as-salam..

14 comments:

  1. alhamdulillah.. tahniah kerana telah tamat belajar.. selamat menempuh alam perkerjaan..

    ReplyDelete
  2. Bertuah kan dapat kawan macam tu walaupun dia bukan islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. @ida

      Haah. ALHAMDULILLAH. ALLAH hadirkan kawan yg baik

      Delete
  3. alhamdulillah.. tahniah kerana telah tamat belajar.. selamat menempuh alam perkerjaan..

    ReplyDelete
  4. syukur dah abis belajar..lps nie akan tempuh dunia kerja pulak.. semoga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @hafiza

      InsyaAllah. Moga segalanya dipermudahkan

      Delete
  5. Tahniah. Semoga urusan kehidupan dipermudahkan selepas ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @farah

      Terima kasih. Hehe. InsyaAllah. Mohon doa yerk.

      Delete
  6. alhamdulillah..dah abis belajar..Umi tumpang gembira..
    #encem tuan blog ni..dah macam orang jepun pulak umi tengok..#

    ReplyDelete
  7. @umi

    haah, ALhamdulillah dah habis belajar... btw,, saya still melayu sejati. hehe. tak jepun lagi

    ReplyDelete
  8. mesti ramai dah ckap muka amirul mcm nubhan AF kan ?

    ReplyDelete
  9. @anasyg

    Haha. Xde plak cakap mcm tu. Ckp mcm zamani ada ah koyt. Hehe

    ReplyDelete

RESTAURANT REVIEW: JOM LEPAK D' MUARA

ASSALAMUALAIKUM sebelum aku teruskan penulisan dan sebelum korang teruskan pembacaan, aku nak ingatkan korang siap siap yang review ...