Tuesday, October 28, 2014

MAKCIK SI PEKERJA KEDAI MAKAN

AS-SALAM


haha. korang perasan something tak yang pelik kat blog ni??? semua gambar yang upload, tak de kaitan lansung dengan tajuk post.. nak tahu kenapa?? sebabnya laptop aku rosak, jadi tak boleh nak pilih gambar yang lebih mesra dengan tajuk post. hehehe. 

ok lah. aku  nak cerita dan kongsi dengan korang semua apa yang berlaku semalam. fresh lagi cerita ni uolzz.. 

cerita dia macam ni.. aku hampir setiap hari akan balik lambat dari pejabat, tapi kalau aku balik awal dari kerja, confirm aku akan singgah satu kedai makcik ni... oleh sebab aku ni selalu sangat dah pergi kedai dia ni, so aku ngan makcik ni dah jadi rapat giler.. selalu sangatlah aku dapat harga murah.. agaknya dia nak jadikan aku menantu dia koyt. haha. ok itu hanya perasaan aku.. haha

nak dijadikan cerita, kebetulan semalam ada seorang makcik baru kat kedai dia ni. maybe pekerja baru koyt... so semalam, aku belilah nasi lemak (nasi lebih) campur sambal sotong dan telur mata.. sotong plak, bukan 1,2 ekor, tapi 5,6 ekor. hahaha. harga yang makcik baik tu kenakan kat aku ialah RM4.50.. kira murahlah sebab nasi dah lah lebih, sotong plak macam 2 orang makan. haha. 

tapi yang aku tension semalam, bila makcik baik tu sebut harga rm4.50, makcik baru tu jeling-jeling je makcik baik. aishhhh. aku rasa nak cucuk je mata makcik baru tu.. kalau sekali tak pe gak, tapi makcik baik tu dah sebut berkali-kali harga yang sama, makcik baru tu tetap tak nak serahkan makanan aku. hahaha. aku tengok je makanan aku tu, kalau ikutkan hati, aku rampas je makanan tu dan cabut.. haha. ikutkan hati je lah. ikutkan akal, tak akan buat pun. hahaha. 

ok tu je lah cerita aku.. sekian. wassalam!! 

2 comments:

  1. hahaha! lawak la im :D ok, cerita lagi kisah-kisah lain next time ye, tanoshimi :)

    ReplyDelete

RESTAURANT REVIEW: JOM LEPAK D' MUARA

ASSALAMUALAIKUM sebelum aku teruskan penulisan dan sebelum korang teruskan pembacaan, aku nak ingatkan korang siap siap yang review ...