Friday, October 17, 2014

TAZKIRAH DI PERHIMPUNAN SEKOLAH

as-salam


motif sangat kan aku upload bendera jepun? haha. aku sebenarnya tak ada gambar perhimpunan sekolah, so that's why I uploaded gambar bendera jepun. ala-ala bendera time perhimpunan tu. btw,, sape kat sini pernah bertugas untuk naikkan bendera ketika lagu dimainkan??? hahaha. aku adalah salah sorang yang kena paksa buat benda alah.. perghhhh, aku paling benci dan tak leh blah apabila lagu dah nak habis, ttp kita punya bendera baru 1 inchi dari tanah... haha. terpaksa lah kau naikkan bendera tu laju laju macam ferrari. hmmm

TETAPI, aku bukan lah nak cerita pasal tiang bendera mahupun bosannya mendengar segala laporan kebersihan oleh para pengawas yang bilik sendiri pun tak terurus. but, I wanna share with u a story yang bagi aku, amat lah lawak dan memalukan diri sendiri. tapi aku tak malu pun nak share ngan korang pasal ni. haha.

ok, cerita ni berlaku pada bulan puasa tahun 2008. I was in Form 5 back then. so, as one of the student yang bertuah, aku telah dilantik untuk menyampai tazkirah pagi sebelum waktu belajar bermula.. orang yang dilantik untuk menyampaikan tazkirah ni bukan aku seorang sahaja, tetapi ramai. setiap pagi, orang yang berbeza akan sampaikan.. jadi, orang yang ditugaskan untuk menyampaikan tazkirah pada hari tersebut, perlu mengambil buku tazkirah dari pejabat dan just baca je tazkirah yang telah disediakan.. sebagai kemuncak cerita, aku terlupa yang hari tersebut adalah hari aku bertugas... dan yang paling malangnya, hari tersebut adalah hari perhimpunan unit beruniform. fuhhhhhh. (muka dah kembali merah. haha).. so,, si pengerusi majlis tu, buat lah pengumuman, "di jemput Saudara Amirul Imran untuk menyampaikan tazkirah ramadhan.".. aku apabila dengar je nama aku dipanggil, terus rasa nak luruh segala jantung hati aku. haha. mana tak nya, buku tazkirah aku lupa nak ambil.. haha. I pretended like yang aku tak dengan nama aku dipanggil, tetapi boleh plak yang si pengerusi majlis tu ulang 3 kali nama aku.. hahaha. aku pun terpaksa lah keluar...

hahahaha. cuba korang teka,, apa tajuk tazkirah aku?? sepatutnya tazkirah mesti berkaitan dengan ramadhan, tetapi aku punya turn, aku bagi tazkirah berkenaan dosa mengumpat. hahaha. padan muka kau imran, siapa suruh tak ready. haha

1 comment:

  1. dah lama tak jenguk sini..:)
    Kira bagus jugak tu..boleh jugak buat tazkirah...walau tukar tajuk..yang penting ilmu mesti ada..hihi..apapun amik pengajaran dari situasi tu....untuk lebih baik lagi..:)

    ReplyDelete

RESTAURANT REVIEW: JOM LEPAK D' MUARA

ASSALAMUALAIKUM sebelum aku teruskan penulisan dan sebelum korang teruskan pembacaan, aku nak ingatkan korang siap siap yang review ...