catatan hati seorang perantau hakiki

SALAM

minggu lepas aku pergi makan kat BIG BOB Cafe di Kepala Batas. time ngah tunggu makanan yang di order tak kunjung tiba tu, tiba-tiba terlintas kat kepala otak aku ni yang aku nak mula start untuk tulis review pasal restoran yang aku singgah. so, of course lah restoran pertama yang terpilih ialah BigBob Cafe.

aku pergi dengan kawan aku yang merupakan seorang pelajar kulinari. kulinari tu adalah hasil gabungan dua perkataan iaitu Kuli dan Nari, so maka jadilah kulinari yang bermaksud seorang kuli yang menari-nari di dapur. hahaha. ok, aku gurau. kulinari ni maksudnya masakan (hasil terjemahan google).

ok, aku tak nak merepek panjang panjang lagi, so dibawah adalah 2 makanan yang kami order.





1. Beef Bacon Carbonara Spaghetti

"A classic beef bacon with oyster mushroom and oregano herbs in rich creamy sauce"



Harga: RM13.90
Serve time: 20 Minit

Sebagai seorang penggemar spaghetti, aku tak merasakan apa apa yang WOW dalam menu ini. Rasanya biasa. Yang paling mengejutkan, aku tak jumpa pun walaupun sekeping oyster mushroom. Kalau dah di blend dalam sauce, sepatutnya ada rasa, tapi rasa pun tak de.

Plating: 5/10
Taste: 4/1
Price: Tidak berbaloi

***********************************************************

2. BBQ Grill Chicken
Serve time: 30 Minit

"BBQ marinated chicken leg grilled to perfection, the tasty mashed potato and mixed salad come with BBQ gravy"


Mashed potato atas ayam? Like, seriously?? Bukan semua orang suka mashed potato. Nasib baik aku suka. Kalau yang tak suka, diaorang terpaksa berbasah ketiak mengasingkan mashed potato yang maha banyak tu. sekali pandang, kawan aku ingatkan Hollandaise sauce. Jujur, rasa ayam tu telah hilang diselubungi mashed potato tu. Nasib baiklah sauce dia sodap..

Plating: 2/10
Taste: 6/10
Price: Tak berbaloi

*************************************************

aku sebenarnya pelik sebab kalau korang sendiri search cafe ni kat google, rata rata ramai yang memuji. makanan sodap la, service terbaik la, waitress dia cantik la... tapi bila aku sendiri yang pergi, aku terus terfikir, "aku silap cafe ke?". secara overall, makanan dia ok je, rasa sedap, tapi tak de yang WOW. masa yang diambil plak terlalu lama, sepatutnya kurang 15 minit dah kena sampai ke meja customer.

and last but not least, waitress dia cantik! hahaha.

oppppssss, oleh kerana ramai rakyat GOOGLE yang beri rating yang bagus untuk BIGBOB cafe ni, so insyaAllah aku akan singgah lagi nanti. everyone deserves a second chance rite? dan aku yakin makanan dia sedap sedap je, cuma malam yang aku makan tu je, dia kurang sket.

1 ulasan:

  1. tinggi la taste amirul mcm tu.. kak Fiza tengok mcm sedap jer.. hehe

    BalasPadam