Saturday, December 3, 2016

PELABURAN UNTUK MASA TUA ANDA

SALAM

Dalam post sebelum ni, aku ada bagi tahu yang sekarang ni aku ngah buat part time as a Unit Trust Consultant untuk CWA. so apa itu Unit Trust, ataupun dalam bahasa melayu nya disebut sebagai Amanah Saham?

Unit Trust merupakan satu struktur dana bersama yang tidak diperbadankan yang membolehkan dana untuk memegang aset dan memberikan keuntungan yang pergi terus kepada pemilik unit individu.


so macam mana dia berfungsi?



Unit Trust dibawah CWA terbentuk daripada beberapa pihak;

1. Pelabur. 

2. CWA
Tempat duit dikumpulkan untuk membentuk satu dana.

3. Pengurus Dana
Pengurus Dana dilantik untuk menguruskan dana terkumpul dan semestinya mereka adalah sekumpulan professional yang arif dengan dunia pelaburan. 

4. Pemegang Amanah (Trustee)
Satu badan yang dilantik untuk memantau aktiviti Pengurus Dana dan untuk memastikan kepentingan para pelabur dilindungi. 

5. Panel Syariah
Sekumpulan pakar syariah yang dilantik untuk memastikan segala aktiviti Pengurus Dana adalah mematuhi hukum syarak.


CWA mengumpul duit-duit dari para pelabur untuk membentuk satu dana. Kemudian, Pengurus Dana yang dilantik akan mengambil dana tersebut untuk dilaburkan ke dalam stok, sukuk, dan pelaburan pendapatan tetap. 

Secara realitinya, stock market ada dia punya up and down. There is no escape from that fact. So untuk mengurangkan risiko tersebut, Pengurus Dana akan melaburkan dana tersebut di pelbagai tempat.

Sebagai contoh, Pengurus Dana Dali 1 di bawah CWA melabur di lebih 10 tempat; Tenaga Nasional Berhad, Sime Darby Berhad, Digi.com Berhad, Axiata Group Berhad, MISC Berhad, Petronas Gas Berhad, Westports Holdings Berhad, Maxis Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Gamuda Berhad dan lain lain lagi. 

Ini untuk memastikan apabila ada stock yang tak beberapa perform, stock-stock lain yang lebih perform dapat seimbangkan balik. 

So apa yang terjadi setelah duit pelabur dilaburkan? Pelabur akan diberi sejumlah unit yang mewakili duit yang telah laburkan. Jumlah unit tersebut bergantung kepada harga unit atau juga dikenali sebagai Net Asset Value (NAV) pada waktu duit tersebut dilaburkan.

Sebagai contoh, sebanyak RM10 000 dilaburkan dan ketika itu NAV adalah RM1.00 per unit, so maknanya pelabur tersebut akan diberikan sebanyak 10 000 unit. 

fuhhhhhhhh. dah, cukup untuk hari ni. panjang sangat dah post aku tu. aku takut kalau aku tulis lagi panjang, tak dak sapa nak baca plak. =P

Imran Azman
Agent CWA
013 - 9337643

1 comment:

RESTAURANT REVIEW: JOM LEPAK D' MUARA

ASSALAMUALAIKUM sebelum aku teruskan penulisan dan sebelum korang teruskan pembacaan, aku nak ingatkan korang siap siap yang review ...