catatan hati seorang perantau hakiki

ASSALAMUALAIKUM


Bulan lepas aku dapat 6 tiket wayang secara percuma.. Nampak macam syiok kan?? Syiok memang la syiok sebab percuma, cuma yang tak syiok nya tiket tu boleh tebus kat counter je, tak leh tebus kat online. So Ahad lepas, aku pergi Aeon Bukit Mertajam, alang-alang aku dah ada kat sana, aku terus pergi counter tiket wayang dan tebus untuk Justice League. 

Movie ni baru je start tayang semalam, so aku boleh dikatakan orang terawal gak la tengok movie ni. kononnya laa... haha

So macam dah tertulis kat tajuk atas tu, aku nak bagi review sket pasal movie ni.. Kalau nak download free cerita Justice League ni, boleh cari kat lain sebab sini tak buat kerja-kerja haram macam tu. =P (padahal selalu gak download movie online. haha)



Movie ni menggabungkan 6 adiwira atau dalam bahasa omputehnya disebut sebagai superhero iaitu Superman, Batman, Wonder Woman, Aquaman, Cyborg dan Flash. so bila dengar je ada ramai superhero, terus excideted nak tengok kan? ye la,, dapat tengok macam macam kuasa.. aku time budak budak dulu, jenis suka imagine ada super power, sebab tu la aku excited terlebih nak tengok movie ni..

back to the review, Movie ni bermula dengan kesedihan penduduk dunia dengan kematian Superman (pengakhiran movie Batman VS Superman: Dawn of Justice) dan bumi pada waktu itu dikatakan sudah tidak berpelindung.. (ni dalam movie je ye, kita sebagai orang Islam kena yakin yang Allah tu Maha Pelindung lagi Maha Berkuasa).. Steppenwold mengambil peluang tersebut untuk kembali ke Bumi dan mencari 3 Mother Boxes.. 

1 daripada 3 Mother Boxes tersebut dijaga oleh Amazonians, satu oleh Atlanteans dan satu lagi disembunyikan oleh manusia. 

Kotak pertama yang berjaya dirampas oleh Steppenwold ialah kotak yang dijaga oleh Amazonians.. Fuhhhh, syiok tengok Steppenwold lawan Amazonians... Kemudian, kotak kedua yang berjaya dirampas ialah kotak yang dijaga oleh Atlanteans.. Sebelum Steppenwold berjaya menemui kotak yang disembunyikan oleh manusia, Batman telah mengambil keputusan untuk menghidupkan kembali Superman dengan menggunakan kuasa yang ada pada Mother Box yang disembunyikan oleh manusia... so, tadaaaaaaa, Superman telah hidup kembali...

yang selebihnya, korang tengok lah sendiri, aku cerita lebih lebih nanti, tak suspend lak korang tengok kat wayang... 

cuma yang aku kecewa sket pasal movie ni, Aquaman kurang menonjolkan kuasanya yang lebih kepada air tu.. kalau buat aksi lawan lawan tepi laut kan syiok,,, boleh la juga Aquaman tu guna superpower dia tu.. contohnya dia summon jerung ke ikan paus ke untuk serang Steppenwold tu.. Batman pun macam kurang menyerlah je tak macam aksi aksi dia dalam movie Dark Knight... 

Splash plak lebih untuk menceriakan movie ni.. Banyak part part lawak yang dibawa oleh Splash ni..


Personal Rating: 7/10
IMDB: 8.2/10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan