Khamis, 21 Disember 2017

HARI YANG MENYEDIHKAN

ASSALAMUALAIKUM


Hari ahad minggu lepas adalah antara hari yang paling menyedihkan dalam hidup aku.. Bukan sebab ada kematian ke apa, tapi disebabkan banyak plan aku pada hari tu tak menjadi...

kebiasaanya setiap hujung minggu, aku akan balik ke rumah ibu aku,, tapi disebabkan aku ada kerja kena settle kat rumah sewa, so aku decided untuk tak balik.. alang-alang aku tak balik tu, aku ajaklah housemate aku sorang ni p breakfast kat satu warung kegemaran aku tu.. nama warung tu ialah Warung Adik & Abang... (click sini untuk direction).. kedai ni sepatutnya dibuka setiap hari kecuali hari Rabu, tapi memang tak ada rezeki kami, kedai tu tutup pada hari Ahad yang kami pergi tu.. 


oleh sebab kedai tu tak buka,, end up kami bersarapan kat kedai mamak je.. after dah breakfast tu,, kami buntu nak p jenjalan ke mana... pikir punya pikir, kami bercadanglah nak p naik Bukit Bendera.. lagipun housemate aku tu orang Johor dan baru je datang Penang.. Dia tak pernah naik lagi Bukit Bendera tu... aku ni plak, walaupun dah p banyak kali, still tak ingat dia punya jalan nak p ke sana.. so housemate aku tu tolong lah search direction kat Google Maps.. aku follow je lah direction yang Google Maps tu bagi.. tapi semakin lama aku follow, aku jadi semakin tak sedap hati.. dah nak sampai tu, baru lah kami sedar yang Google Maps tu bawak kami ke entrance untuk hiking naik Bukit Bendera.. haha.. kami gelak je dalam kereta... 

so, kami off Google Maps, kami guna plak Waze.. kali ni baru lah betul betul kami sampai ke train station untuk naik ke atas Bukit Bendera tu.. tapi sekali lagi kami tak bernasih baik, sebabnya bila dah sampai ke sana,, guard kat sana bagi tahu kami yang Bukit Bendera sedang ditutup untuk sementara waktu... haha... time tu lah baru ingat yang Bukit Bendera telah teruk dilanda ribut pada awal bulan lepas.. so sekarang depa tutup untuk buat kerja kerja pembaikian.. hahaha... time tu,, kami mampu berhuhuhu je dalam kereta... nak pergi makan, kedai tutup, nak naik Bukit Bendera, Bukit Bendera pun tutup. hahaha...

so aku yang dah stress time tu,,, terus nekad nak bawak housemate aku tu p Aman Central, Alor Setar, Kedah! bayangkan lah,, dari Penang kami bergerak p sana walaupun kami sebenarnya tak ada tujuan pun... dalam hati aku,, kalau Aman Central tu pun tutup,, memang nasib aku memang malang giler-giler lah hari tu.. haha

dah sampai sana,, kami buntu tak tahu nak buat apa. haha.. pikir punya pikir,, kami sepakat untuk tengok wayang... sampai kat wayang,, tak ada movie yang best pun.. tapi disebabkan kami dah tak tahu nak buat apa sangat, kami pun beli lah tiket wayang untuk movie 'Mumon'... hahahahahahahah... sumpah tak best movie ni!!!! hahaha... ni movie Jepun, cerita pasal Ninja.. kami ingatkan kalau movie pasal ninja ni, akan best la macam Ninja Assasin ka, tapi rupa-rupanya hampeh. hahaha..

sekali lagi kami berhuhuhu...

btw,, aku nak cerita la sket pasal movie Mumon ni... Mumon kalau ditulis dalam bahasa jepun akan berbentuk 無門 yang bermaksud tiada pintu dan untuk movie ni, ianya adalah gelaran yang diberikan kepada watak utama iaitu seorang ninja yang boleh masuk ke dalam mana mana rumah atau kawasan berpagar tanpa dikesan atau disedari..

tapi untuk tayangan di negara asalnya iaitu negara Jepun, tajuk movie ni sebenarnya adalah 忍びの国 ataupun dibaca sebagai Shinobi no Kuni. Shinobi tu bermaksud melakukan sesuatu secara senyap-senyap supaya tidak menonjol ataupun ianya juga boleh membawa maksud kecurian..

so basically movie ni pasal satu wilayah yang bernama Iga yang dihuni oleh ninja-ninja yang sangup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan duit termasuklah membunuh ahli keluarga sendiri.. Panglima Perang, Nobunaga Oda sendiri takut untuk menakluk wilayah tersebut dan memberi amaran kepada anaknya iaitu Nobukatsu Oda untuk tidak sesekali cuba untuk berperang dengan wilayah tersebut.. tetapi anaknya itu telah melanggar perintahnya dan menghantar pasukan perang ke wilayah tersebut....

apa kesudahan movie tu?? korang tengoklah sendiri. hahah.. ending dia boleh la tahan.... cuma starting dia bosan terlebih.. lawak-lawak diaorng pun tak menjadi... tapi tak leh dinafikan lah yang movie ni ada moral values nya yang tersendiri...

ok lah,, itu je aku nak membebel kali ni.. jumpa lagi yerkkk~~ bye~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MOVIE REVIEW: PULANG

ASSALAMUALAIKUM Minggu lepas aku berkesempatan untuk menonton dua buah filem melayu iaitu Hantu Kak Limah dan Pulang. Oleh kerana ...