catatan hati seorang perantau hakiki

AS-SALAM

pemandangan gunung fuji dari hachiouji

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi seta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persedian yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan"   Al-Ahzab : 72
post ni punya start pun dah dengan ayat quran, memang serius habis ah.. hehe.. tapi aku tak nak lah serius-serius, tak sedap plak korang nak baca nanti, so kita buat santai-santai tepi pantai gituwww.

ramai yang salah faham dengan perkataan amanah ni.. seolah-olah amanah ni bila kita ada jawatan je.. macam contoh, bendahari kelas kena jaga duit betul-betul, jangan guna dan jangan kasi hilang.. then, si pengawas plak kena ambil nama orang yang ponteng kelas dan bagi senarai nama tersebut kepada guru disiplin.. kalau lah amanah hanya setakat tu, comperm gunung tahan yang kecik tu pun sanggup terima tanggungjawab amanah...

yang sebenarnya, kehidupan kita 24 jam adalah dalam keadaan bergalaskan amanah. tak kira lah kita ni pelajar biasa ke, AJK kebersihan tandas asrama ke, penganggur ke, mahupun penulis blog.. hehe.. amanah kita yang paling besar adalah sebagai khalifah Allah. so,, menjadi tugas kita untuk mengikut segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.. menjadi tugas kita juga untuk mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perkara mungkar...

kalau kita jalan-jalan kat pantai Cahaya Bulan, then kita nampak sampah dibuang suka hati kering si pengotor, maka menjadi amanah kita untuk ambil sampah tersebut dan buang dalam laut.. ek eh, silap. bukan buang dalam laut, tapi buang dalam tong sampah.. hehe..bergitu juga kalau ada orang tertinggal handphone atas meja kantin sekolah, maka menjadi amanah kita untuk mengambalikan kepada tuannya atau pun paling tidak untuk tidak mencurinya...

sepanjang hampir 2 tahun aku tinggal kat jepun, memang aku boleh katakan yang orang jepun ni amat beramanah dan jujur... aku bagi contoh, bulan 5 lepas, aku ada pergi hospital untuk rawatan berkala aku... time aku nak bayar tu,,, bukan aku yang keluarkan duit, tapi pihak hospital yang bagi duit ke aku.. alasan mereka, sebab dulu aku terbayar lebih untuk kos rawatan sebelum ni... selain tu aku selalu tertinggal dompet kat dalam raga basikal, tapi Alhamdulillah walaupun selepas berjam-jam, wallet tu tetap comel di situ... hebat bukan??

Dari Abudullah ra. katanya Rasulullah SAW telah bersabda;
"hendaklah kamu selalu berlaku jujur. Kerana berlaku jujur membimbing kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke Syurga. Seseorang yang senantiasa berlaku jujur dan berusaha mempertahankan mencari kejujuran, maka di catat Allah sebagai Shadiq (oran yg jujur). Dan hindarilah olehmu dusta kerana sesungguhnya dusta itu membimbing kepada kejahatan dan kejahatan membawa ke neraka. Seorang yang senantiasa berdusta dan mempertahankan kedustaan maka dia dicatat Allah sebagai Kadzdzab (si pendusta)"

6 ulasan:

  1. Tuah berada di negara orang, untuk perhati sikap mereka. jadikan teladan dan pengajaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, Alhamdulillah. Dpt tgk mcm2x ragam manusia.

      Padam
  2. cantiknye gunung fuji.. bila la nk menjejakkan kaki ke sana ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Mmg cantik pun. Jepun mmg cantik tmpat2x nya.

      Padam
  3. Ida rasa macam dah komen jer entry ni semalam...rupanya belum erkkk... hehe abaikan.

    Yup memang kita tahu rakyat jepun memang terkenal dengan jujur dan amanah. Cuba kalau hospital kat Malaysia, kadang2 rekod yang kita datang 3-4 bulan yang lepas pun takde...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Harap Malaysia pun jadi macam jepun. Jujur n amanah.

      Padam