catatan hati seorang perantau hakiki

AS-SALAM


sabtu lepas, ntah macam mana aku jadi gila, tetiba je aku buat keputusan mendadak untuk pergi lawat kawan aku kat Osaka dan Kyoto.. jarak Kyoto dengan Osaka ialah kira-kira 45km, manakala jarak Kyoto dengan Tokyo ialah kira-kira 500 km walaupun nama kedua-dua bandar hanya berbeza pada turutan ejaan (ToKyo and KyoTo).. hehe.. tak de kaitan pun sebenarnya kan?

btw,, aku gerak ke Osaka dengan Shinkansen atau orang luar panggil sebagai Bullet-train.. harga tiket Shinkansen ni sudah fixed, so kadang-kadang flight lagi murah sebab tiket flight slalu ada promotion.. tapi,tapi, untuk student, tiket shinkansen boleh dapat discount sebanyak 20% kalau ada kertas seperti dibawah ↓.. kertas ni leh dapat dari sekolah.. so, after discount, harga tiket untuk shinkansen dari Tokyo ke Osaka ialah 23600 yen, atau kira-kira RM 752 dengan perjalanan selama 2 jam setengah..


best naik bullet-train? bagi aku,, naik shinkansen ni sama je dengan naik train biasa.. tapi kalau korang nak rasa sangat macam mana naik train yang bergerak hampir 275km per jam,, sila lah naik.. dan pastikan korang naik waktu petang, baru lah korang tahu yang shikansen tu tengah bergerak laju.. haha

ok lah, nampaknya post aku ni smakin lama semakin tersasar dari tajuk asal, so lebih baik kita fokus semula pasal tajuk kita hari ni iaitu Kiyomizu-dera...

sebelum aku gerak ke Kyoto, aku dah check siap-siap kat internet pasal tempat untuk tengok sunset yang paling ohhsemm kat Kyoto.. so check punya check, keluarlah nama Kiyomizu-dera nieh...

nak pergi Kiyomizu-dera ni, boleh naik bas dari Kyoto Station.. bas no 206 di terminal D2 ataupun bas no 100 di Terminal D1.. bus stop paling dekat dengan Kiyomizu-dera ialah Gojouzaka ataupun Kiyomizu-dera... tak jauh pun tempat ni dengan Kyoto Station.. kalau naik bas dalam 15 minit, so kalau lari macam Usain Bolt, boleh ah dalam 10 minit. haha... untuk tiket masuk ke tempat ni plak, satu tiket harganya 400en atau kira-kira RM13.. tiket ni leh guna kluar masuk untuk satu hari...

ok lah,, aku tak nak cakap panjang... korang tengok lah sendiri beberapa keping gambar yang sempat aku tangkap kat sana...


main entrance

main entrance at night







golden sunset

jya, as-salam!!

8 ulasan:

  1. Wow.. Shinkansen ye. Macam seronok je. Haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, shinkansen. Skrg laju max 275, tp dlm 2027 nanti, akan ada yg 500km per hour.

      Padam
  2. jelosssssnye.....cantik sgt tpt nya.. tenang jer..

    BalasPadam
  3. cantiknya pemandangannya.. teringin nak pergi..

    BalasPadam
  4. Trigin g jepun.tp tkt nk nek kapal terbng la plak.tgk gmbr je la cmni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh. Takut naik flight ke? Xpe, amek ubat tido. Hehe. Tapi jngan plak dah smpai pum xbngun bngun gak. Hehe

      Padam