catatan hati seorang perantau hakiki

as-salam


ohoiii.. lama kita tak ketemu... maaf lah.. sekarang sibuk dengan research yang tak siap lagi walaupun esok lusa dah nak kena hantar thesis.. hmmm.. poning poning... btw,, bermula dari sabtu ni, cuti tahun baru dah start sampailah 6hb 1 tahun depan.. yahooooo.. tapi tak leh gembira sangat, sebab research tak siap lagi.. aishhhhh.. poning poning...

ok lah,, kali ni aku tulis post pasal the most search keywords kat google engine.. 

  1. CAR MAKES - Proton Suprima
  2. FASHION BRANDS - Coach
  3. GE13 POLITICIANS - Anwar Ibrahim
  4. LOCAL DESTINATIONS - Genting Highlands
  5. MALAYSIAN NEWS SITES - Malaysiakini
  6. MALAYSIAN TV SERIES - Setia Hujung Nyawa
  7. PEOPLE - Paul Walker
  8. SPORTS PERSONALITIES - Gareth Bale
  9. TOP MOBILE SEARCH - Facebook
  10. TOP MOBILE SEARCHES FOR LOCAL SITES - Mudah
  11. TOP SEARCHED TV SHOWS - Upin & Ipin
  12. TRENDING MALAYSIAN CELEBRITIES - Izzue Islam
  13. TRENDING MALAYSIA MOVIES - KL Gangster 2
  14. TRENDING MOVIES - The Conjuring
  15. TRENDING SEARCHES - Lahad Datu
  16. TRENDING SONGS - Gwiyomi


1. keyword 'Proton Suprima' mula menjadi popular sejak pelancaran Proton Suprima S pada 17 Ogos. paling banyak orang search berkenaan dengan proton suprima ialah harga kereta tersebut.. berapa yerk harganya? tak ambil tahu plak aku...

2. untuk keyword 'coach',, aku amat yakin yang mesti golongan hawa yang paling banyak search kat google.. sebab apa?? sebabnya paling ramai orang search pasal coach ialah berkenaan dengan handbag coach.. haha... tak kan lah lelaki nak pakai handbag plak kan? kecuali dia nyah. haha

3. haha... nama Anwar Ibrahim yang paling banyak orang search berbanding Najib Razak yang berada di tempat ke-4. orang negeri sembilan yang paling ramai search pasal Anwar.. hoho

4. tak de pape nak cerita pasal genting highlands. yang pasti,, kat jepun berlambak lagi best tempat yang macam genting tu.. haha.. tapi yang aku paling bangga ialah,, 2 tempat di Terengganu menjadi keyword paling popular top 10 iaitu pulau perhentian dan pulau redang. 

5. malaysiakini paling ramai dibaca ketika piliharan raya 2013... dimanakah utusan malaysia? haha.. sayangnya tiada dalam top 10..

6. owh.. no komen.. sebab tv kat jepun ada rancangan jepun je.. hehe... btw,, best ke cerita tu?? 

7. paul walker.. aku amat yakin yang orang malaysia ramai search pasal dia ni after dia mati.. kan? kan? btw,, korang nak tahu satu benda?? isteri mat yo adalah keyword no 3 paling popular kat malaysia... hahaha... negeri yang paling banyak search ialah Terengganu.. negeri aku tuuu.. haha

8. no komen... haha..

9. no komen juga..

10. mudah.my... boleh percaya ke shopping kat situ?? pernah ada pengalaman?? kongsi sket kat ruangan komen.. hmmm.. aku selalu je shopping online sini.. tapi tak berani plak nak shopping online kat malaysia..

11. aku walaupun dah besar and dah merantau jauh ke jpun.. aku still layan upin & ipin ni ngan kawan-kawan aku.. kitaorg bukak youtube kat tv, then layan ramai-ramai sambil makan kat ruang tamu.. perghhh.. seronokk.. haha

12. izzue islam.. haha. aku tak kenal. maaf. tapi aku rasa dia ni baru kahwin ngan rita rudaini bukan?

13. KL Gangsters 2. haha. korang boleh agak tak ramai org cari movie ni pasal apa?? yaaa, tepat sekali!!! ramai yang cari movie ni sebab nak download free.... haha.. budaya orang Malaysia,, memang suka cari benda-benda free ni.. hehe.. dan malangnya,, kat sini tak boleh download full movie HD KL Gangsters 2.. btw,, aku dah tengok movie ni.. bagi aku,, aku lagi suka yang first... then,, kalau korang nak tahu, movie Highland Towers berada di tempat ke dua dalam kategori ni.. movie ni pun aku dah tengok.. bagi aku,, tak lah best sangat dan tak lah teruk sangat.. kiranya,, cubaan yang bagus gak ah.. cuma aku tak suka ending dia..

14. movie The Conjuring.. perghhhh, terbaik gua cakap sama lu... memang seram habis movie ni.. aku ni dah lah suka tengok movie-movie hantu, so bagi aku, movie ni memang terbaik... btw, korang ada movie hantu yang nak suggest kat aku tak?? hehe

15. yang pasal Lahad Datu ni, aku yakin yang ramai orang Malaysia search kat internet sebab nak tahu lebih detail pasal yang berlaku kat Lahad Datu kan?? bagus-bagus. korang semua memang prihatin..

16. NO komen pasal gwiyomi ni.. cuma aku terkilan sebab aku dah puas cari, tapi tetap tak jumpa penyanyi asal gwiyomi ni... haha..

Jya sekian.. 

source: google trends

12 ulasan:

  1. izzue islam kahwin dengan rita? merepek la dia ni haha kang tak pasal-pasal merajuk nanti bini si izzue :D..
    izzue islam pelakon baru..tapi dia da lama jadi penyanyi..lakonan dia yg sy suka-sebenarnya saya isteri dia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik itah.

      Haha. Tak kenal pun dia. Haha.
      Silap sendiri gak tak check dulu sebelum post. Haha. Btw, hebat ke dia belakon?

      Padam
  2. satu pun tak kena dengan blog akak.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @mizz aiza.

      Hehe. Xpe, jngn sedih. Saya punya pun xde. Hehe

      Padam
  3. Tahniah buat Upin & Ipin yang top mengalahkan KL Gangster 2 dan The Conjuring hehe

    BalasPadam
  4. @ida

    haah. tahniah tahniah.. saya suka upin ipin..

    BalasPadam
  5. Sya selalu cri mudah..saja2 tgk2 brg..tp x pnh bli..sbb takut kna tipu.hehe

    BalasPadam
  6. @adiranna syaz..

    owh... tak pernah beli ke?? nak gak try beli, tapi takut.. huhu

    BalasPadam
  7. tak silap fiza penyanyi gwiyomi asal nama dia Hari

    BalasPadam
    Balasan
    1. @hafiza

      Owh. Hari ke nama dia. Nanti nak cari. ALIGATOOO. Huhu

      Padam
  8. selamat tahun baru amirul...Izzul Islam tu dari kumpulan forteen..anak dara akak minat giler....upin ipin tu budak2 memang suka..makbapak senang buat kerja bila anak2 ralit tengok ceta..kaksura pun selalu bukak bagi yg kecik tengok..barulah dia tak kacau umi dia..hehehe...

    BalasPadam
  9. @kak sura

    Owh. Izzul dr kumpul 4teen ek. Tq for the info. Update gak akak ni yerk. Btw, saya yg dh besor ni pun minat upin ipin. Hehe.

    BalasPadam