catatan hati seorang perantau hakiki

AS-SALAM

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!! haha. walaupun dah seminggu, tapi aku tetap nak ucapkan "selamat datang wahai Ramadhan yang kami nanti-nanti kan. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya". korang ada apa apa cerita menarik untuk dikongsi tentang Ramadhan kali ini?? Aku ada!! (sambil angkat tangan lurus-lurus macam Hermione Granger dalam Harry Potter).. korang nak tahu,, aku punya bos pun turut berpuasa sebagai tanda sokongan!!! mesti ada antara korang yang mengumpat dalam hati, "ek eleh, bos aku pun puasa lah.".. haha.. bos korang puasa sebab diaorang Islam, tapi bos aku orang Jepun wowww. haha.. 

ok, stop jap cerita pasal bos aku tu because I wanna share with you all pasal review movie terbaru yang baru ditayangkan minggu lepas iaitu THE CURSED HOUSE.. 

aku tahu kewujudan movie ni when I was killing my time at the cinema's lobby sementara tunggu masuk hall untuk movie Transformer. When I watched the trailer, I was like "bapak seram giler movie ni! wajib tengok nieh!". aku pun punya semangat, siap buat reminder lagi dalam handphone aku.. what the duck kan? tambah-tambah lagi movie ni adalah based on true story.. hahaha

so, nak dijadikan cerita, semalam aku pergi lah wayang untuk tengok movie ni.. aku ni kaki cerita hantu sket, so I generally don't get too scared,, but, but ada 2 movie yang really scared me. nak tahu movie ape?? sila baca sampai habis. hahaha. 

ok, berbalik pada review movie ni, aku sampai wayang kira-kira 5 minit sebelum tayangan bermula. beli tiket untuk 2 orang (RM10 seorang), so aku terus cepat-cepat masuk Hall sebab memang excited giler nak tengok.. then,, once the movie started, aku dah rasa nak keluar dari Hall.. sebabnya?? bukan kerana movie tu terlalu menyeramkan, tetapi kerana terlampau bosan...

dengan pelakon yang kurang menjadi, computer's effects yang sangat lame, scene-scene yang heart-attack pun kurang umphh.. seriously, sangat hampeh!!! 1 jam setengah terasa macam 1 hari..

sinopsis cerita nya macam ni, ada satu keluarga yang baru berpindah ke rumah baru.. namun, sejak mereka berpindah ke rumah tersebut, kehidupan mereka ditimpa pelbagai malang.. actually, the house has been cursed oleh keluarga pertama yang tinggal di situ... rumah tersebut dibina di atas tapak kuil, dan sebagai peganti, keluarga pertama telah membina kuil kecil dihalaman.. dan nak dijadikan cerita, si suami kelurga pertama telah memecahkan kuil tersebut kerana dia menyalahkan Tuhannya di atas kecurangan isterinya... dan bermula dari situ lah,, roh-roh jahat telah terlepas dari kuil tersebut dan mengganggu sesiapa sahaja yang memasuki rumah itu... THE END.

haha... serious, cerita tersebut far from my expectation... biasanya cerita hantu dari Thailand gempak-gempak dan menyeramkan, tapi yang ni sangat lah lame.. itu je komen aku tentang movie ni.. aku bagi;;

RATING : 4/10

opppsss. lupa nak beritahu, 2 movie yang aku maksudkan tadi ialah The Exorcism of Emily Rose and The Conjuring. sekian. selamat berpuasa!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan