catatan hati seorang perantau hakiki

Assalamualaikum

gambar dari google
start hari ni, aku nak start satu tema baru untuk blog aku iaitu ImFact, gabungan antara Imran dan Fact. macam orang lain, aku ni jenis yang penuh dengan tanda tanya.. kalau boleh aku nak tau semua benda even sekecil kecil perkara.. dan setiap kali aku nak mencari jawapan untuk segala persoalan aku tu, aku pasti akan Google dengan bahasa inggeris.. kenapa tidak dengan bahasa melayu?? sebab aku rasa informasi informasi yang tak penting seperti ini masih tidak banyak ditulis dalam bahasa melayu.. dan oleh sebab itulah juga aku rasa aku nak start tulis blog dengan tema baru ni..

untuk fakta pertama dalam blog aku ni, aku nak beritahu kenapa ada tayar tambahan pada lori yang tidak menyentuh tanah..



aku rasa ramai yang pernah nampak atau jumpa lori yang ada tayarnya tidak sentuh tanah, kan?

so, apa sebabnya??

lori yang mempunyai tayar tambahan ini secara amnya dicipta/dibina untuk muatan yang sangat berat.. Apabila lori diisi atau diletakkan dengan muatan berat, gandar dan tayar tambahan tersebut akan diturunkan untuk mengagihkan berat dan mengurangkan beban atau tekanan kepada setiap tayar.. ini juga dapat mengelakkan kerosakan jalan yang sering menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. 

sebaliknya, apabila lori tersebut tidak diisi dengan muatan berat,  gandar dan tayar tesebut akan diangkat.. tindakan ini bukan sahaja dapat mengelakkan tayar menjadi haus, tetapi juga dapat menjimatkan penggunan bahan api kerana penggunaan tayar tambahan akan meningkatkan seretan/geseran..

sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1116&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_09.htm

*******************

so macam mana, puas dapat tahu pasal fakta ni?? hehe.. kalau korang ada nak tahu pasal sesuatu, sila lah komen kat bawah ni,, insyaAllah aku akan cuba cari jawapan dia...

ok, sekian sahaja untuk kali ni.. bubyeee..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan