ASSALAMUALAIKUM
sebelum aku teruskan penulisan dan sebelum korang teruskan pembacaan, aku nak ingatkan korang siap siap yang review ini adalah berdasarkan lidah aku sendiri yang mana aku adalah 100% pure orang pantai timur yang baru sahaja 3 tahun menetap di Pulau Pinang ini... jangan nak sentap okeyzz kalau tak suka review ni.
back to the story..
dalam office aku ini ada sepasang kawan perempuan yang suka travel cari makanan ala ala rancangan Jalan-jalan Cari Makan tu.. so, diaorang ni selalu la share kat budak budak office tempat-tempat makan yang best... salah satu tempat yang diaorang recommend kitaorang datang kafe ni la.....
Pengenalan ringkas kafe ni:
Nama restoran: Jom Lepak D'Muara
Pemilik restoran: Kak Ju (013 5154231)
Lokasi: Kg Baru Nelayan Tanjung Piandang, Perak.
Hari operasi: Setiap hari
Waktu operasi: 2 petang - 9 malam
kalau korang tak tahu kat mana lokasi ni, korang boleh search nama kedai makan ni kat Waze atau klik kat sini Google Maps. dari exit Jawi (lebuhraya utara-selatan), lebih kurang 20 km jarak dia..
aku sampai sana dalam pukul 2.30 petang.. walaupun cahaya matahari tu terang dan panas, tapi kat situ memang banyak angin.. ye lah,, tepi laut kan.. so, memang tak rasa sangat bahang panas tu..
gambar kat ni adalah pemandangan dari meja makan aku...
memang betul betul kampung nelayan...
ok, next aku nak cerita pasal menu dia plak.. menu dia ringkas je and semuanya pasal seafood.. oleh kerana dia punya signature adalah mee udang, so aku order lah satu mee udang double special dan satu ais kacang..
mee udang double special |
ais kacang |
btw,, korang nampak tak bertapa besarnya ais kacang kat atas tu?? kalau korang takut tak habis, aku sarankan order satu je untuk dikongsi dua orang..
ok, aku tak dak nak tulis apa lagi dah.. cukup lah sekadar tu... walaupun review aku nampak macam mee udang tu tak sedap,, aku sarankan korang pergi lah try sendiri.. sebab kawan perempuan aku tu bermati-matian cakap yang mee udang tu sedap.. mungkin rasa dia tak kena dengan aku yang bernama Imran ini..
olaiytttt, sekian sahajaaa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan