catatan hati seorang perantau hakiki

ASSALAMUALAIKUM


fuhhh, setahun tak update blog ni, tetiba hari ni aku rasa nak update.. harap harap ni bukan petanda nak mati. haha

ok, straight to the point, dah tak perlu belok sana belok sini lagi, hari ni aku nak tulis review pasal movie yang aku baru tengok tadi kat wayang... tajuknya; THE FOREIGNER



Movie ni dibintangi oleh pelakon Hong Kong terkenal iaitu Jackie Chan dan juga dibantu oleh Pierce Brosnan.. Skrip ditulis oleh David Marconi yang juga penulis untuk Enemy of The State (1998) dan diarahkan oleh pengarah yang sama untuk Casino Royale (200^) iaitu Martin Campbell.

Ceritanya bermula apabila anak perempuan Quan (Jackie Chan) telah terbunuh didalam serangan bom oleh kumpulan pengganas yang menggelar diri mereka sebagai The Authentic IRA (Irish Republican Army). 

Kecewa dengan tindakan yang lambat dari pihak berkuasa, Quan yang merupakan bekas komando tentera telah memulakan misinya sendiri untuk menjejaki kumpulan pengganas tersebut dan dia percaya Timbalan Menteri Ireland, Liam Hennessy (Pierce Brosnan) mengetahui semua identiti ahli-ahi kumpulan tersebut kerana Liam merupakan bekas IRA. 

Quan memaksa dan menggugut Liam untuk memberikannya senarai nama ahli-ahli kumpulan pengganas tersebut dengan melakukan beberapa serangan ke atas pejabat dan rumah Liam.

Movie ini disajikan dengan banyak aksi pergaduhan yang menarik yang berlaku di antara Quan dan pengikut-pengikut Liam Hennessy dan juga di antara Quan dan ahli-ahli kumpulan pengganas tersebut.


Personal Rating: 7/10
IMDB Rating: 7.6/10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan