catatan hati seorang perantau hakiki

ASSALAMUALAIKUM


so nak dijadikan cerita, minggu lepas aku iring anak-anak dari Kelas Rakyat Parit Buntar ke KidZania Kuala Lumpur. Apa ke benda Kelas Rakyat ni? Kelas Rakyat ni adalah satu program pembangunan pendidikan untuk anak-anak yang masih belum menguasai asas membaca dan mengira seperti yang sepatutnya. Tapi bukan semua layak masuk Kelas Rakyat ni walaupun ketinggalan dalam pelajaran, hanya anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan je boleh menikmati Kelas Rakyat yang percuma ni. btw, kalau free, macam mana Kelas Rakyat ni boleh berjalan? sudah tentunya dengan hasil sumbangan anda-anda semua di luar sana... kalau anda yang sedang membaca ni pun nak turut serta memyumbang, boleh click (sini). 

so dengan sumbangan-sumbangan rakyat Malaysia juga lah kami dapat merealisasikan impian anak-anak Kelas Rakyat ni untuk ke Kidzania Kuala Lumpur... kami pergi ke sana pada hari Sabtu lepas, iaitu pada 18 November 2017.. 

pada awalnya aku tak merancang pun untuk masuk bersama kerana kami nak kurangkan kos tiket masuk, tapi disebabkan ada seorang Pengiring (sukarelawan) yang tidak dapat hadir tepat pada masanya atas sebab-sebab tertentu, so aku kenalah masuk. 



sebelum aku bercerita dengan lebih jauh, aku nak start dulu dengan harga tiket masuk Kidzania Kuala Lumpur ni.. harga tiket berbeza mengikut usia... nak tahu lebih details, boleh click (sini). tiket yang dijual setiap hari adalah terhad, so elok kiranya kalau korang semua beli secara online siap siap. waktu operasi plak, dia hanya tutup pada hari Isnin, tetapi kalau Hari Isnin tu jatuh pada hari cuti umum atau cuti sekolah, dia akan beroperasi seperti biasa. click (sini) untuk tahu lebih lanjut. 

ek eh lupa nak bagi tau, KidZania ni hanya boleh dimasuki kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah.. yang dah 18 tahun ke atas tu, hanya boleh masuk sekiranya diiringi oleh kanak-kanak. haha.. sebab tu juga lah salah satu sebab aku turut masuk ke dalam KidZania tempoh hari.. ye lah,, nak tunggu aku kahwin, entah bila la... jodoh pun tak jumpa cari aku lagi.. =(

kat luar masa sebelum masuk ke dalam KidZania tu, ingatkan takdak orang, masuk-masuk je, tu diaaaaa.. penuh ngan kanak-kanak.. KidZania ni konsep dia macam satu dunia kanak-kanak.. Dalam tu ada lebih 60 pertubuhan, sebagai contoh: Air Asia, BHPetrol, Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia, Spritzer dan lain-lain lagi.

Dalam KidZania ni, kanak-kanak akan belajar untuk hidup di dunia yang sebenar di mana mereka perlu ada duit untuk menggunakan servis atau membeli sesuatu dan duit tersebut mereka perlu dapatkannya dengan melakukan kerja di lebih 60 pertubuhan yang ada dalam tu.. 

sebagai contoh macam dalam gambar kat atas sana tu,, kanak-kanak diberi upah sebanyak 6 kidZos untuk menghantar bekalan air spritzer ke alamat yang diberikan.. dan untuk bermain Wall Climbing seperti di bawah, kanak-kanak perlu membayar sebanyak 12 kidZos.. owh lupa nak cerita, kidZos ni matawang yang digunakan di dalam KidZania. kanak-kanak akan diberikan duit permulaan sebanyak 50 kidZos sebelum masuk ke dalam KidZania dan untuk dapatkan duit yang lebih banyak, anak-anak korang kenalah buat kerja macam aku cerita tadi.


Di lebih 60 pertubuhan tu, terdapat lebih daripada 100 aktiviti yang kanak-kanak boleh buat.. so sebelum anak-anak korang buat aktiviti tu, baca dulu arahan yang biasanya ditampal di pintu pertubuhan-pertubuhan tersebut.. baca samada aktiviti tu kena bayar atau pun dibayar... 

Antara banyak-banyak pertubuhan tu, aku rasa yang paling famous ialah Air Asia dan Bomba.. Di Air Asia, anak-anak korang berpeluang untuk merasai pengalaman membawa Flight Simulator...

Satu tips yang aku nak bagi kat korang, antara lebih 60 pertubuhan tu, ada 6 tempat di mana anak-anak korang tak perlu beratur untuk melakukan aktiviti tetapi hanya perlu beratur untuk dapatkan time sticker.. aku tak ingat kesemua 6 tempat tersebut, tapi apa yang aku ingat ialah; Air Asia, Bomba, Pharmaniaga Citrex Vitamin Research Institure, dan Vitagen Marigold Milk Factory... Kat pintu masuk keenam-enam tempat ini, akan digantung dengan waktu beratur untuk anak-anak korang beratur bagi mendapaatkan time sticker.. kat time sticker tu dia akan tulis pukul berapa giliran untuk anak-anak anda melakukan aktiviti di tempat tersebut.. so sebelum giliran anak-anak korang sampai,, boleh lah anak-anak korang tu pergi buat aktiviti kat tempat-tempat lain dulu... 

yang aku paling kagum ialah aktiviti memandu kereta.. sebabnya, sebelum anak-anak korang dibenarkan untuk memandu kereta mini yang disediakan, anak-anak korang diwajibkan untuk membeli insurans kereta dan juga mengambil ujian kereta. kalau dah lulus ujian kereta, barulah anak-anak korang dibenarkan untuk memandu kereta mini tersebutt.. perghhh, dah macam dunia sebenar...



dah panjang sangat dah ni aku tulis,, so aku nak berhenti setakat ini je.... korang-korang yang ada anak tu,, boleh lah try pergi ke KidZania ni, lebih-lebih lagi cuti sekolah dah nak bermulaa...kat sana anak-anak korang akan belajar untuk berdikari, belajar untuk bekerjasama dalam menyempurnakan aktiviti dan yang paling penting, belajar untuk menghargai sumbangan dan pekerjaan orang lain..

olaiytttt, jumpa lagiiii....

ek eh,, aku perasan post ni dah macam 'tips-tips untuk ke KidZania Kuala Lumpur' la plak.. ok la, aku cerita sket la pengalaman aku bawak anak anak Kelas Rakyat ni ke KidZania. Satu perkataan je yang paling sesuai untuk aku bagi iaitu PENAT... haha... penat weyhhhh... boleh je aku nak lepaskan budak budak bermain ikut suka diaorang dalam tu,, tapi takut tak jumpa cari plak time nak bertolak balik... hilang tu insyaALLAH tak lah kot sebab setiap orang yang masuk dalam tu akan dipakaikan dengan Gelang Pengenalan Frekuensi Radio (RFID)... Gelang-gelang anak-anak korang hanya boleh dibuang oleh pekerja-pekerja KidZania setelah mendapatkan kebenaran ibu bapa.. 

dan last but not least,, aku sangat kagum dan respect dengan pekerja-pekerja KidZania Kuala Lumput tu sebab mereka boleh handle budak-budak di sana dengan amat cemerlang.. walaupun aku tahu mereka sangat penat,, tetapi mereka masih boleh senyum dengan penuh manis... Bravo untuk pekerja-pekerja KidZania Kuala Lumpur...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan