Jumaat, 1 Disember 2017

ImFact: JENAMA KERETA YANG ADA NAMA CINA

Assalamualaikum


Baru-baru ni duk kecoh kononnya Proton kena tukar nama selepas Geely milik syarikat China membeli 49.9% lot saham Proton. Ye lah mana tak kecoh, elok elok nama Proton, kena tukar jadi 'Bao Teng'..

Tapi sebenarnya nama Proton tu tak tukar pun, cuma untuk pasaran di negara China sahaja nama Proton tu kalau ditulis dalam tulisan depa akan menjadi '宝腾' (Bao Teng) iaitu yang bermaksud 'Harta + Terbang'. 

Sama lah juga dengan kes Mazda.. Kalau kat Jepun, Mazda ditulis dalam bahasa depa iaitu 'マツダ' yang berbunyi 'MATSUDA'.. tapi apabila dipasarkan diluar Jepun, ianya diubah kepada 'Mazda'... 



Kenapa susah-susah nak kena tukar nama? Kenapa tak biarkan sahaja nama asalnya? Kerana setiap bangsa mempunyai gaya sebutan bahasa mereka yang tersendiri.. sebagai contoh, orang arab tak boleh sebut huruf 'P'.. sebab tu la kalau 'Perak', orang Arab akan sebut 'XXXXX'... haha

Banyak lagi sebenarnya jenama kereta lain yang ada nama cina.. 

1. Bentley: 宾利 (Bīnlì)

2. BMW: 宝马 (Bǎomǎ)

3. Bugatti: 布加迪

4. Citroen: 雪铁龙 (Xuětiělóng)

5. Chevrolet: 雪佛兰 (Xuěfúlán)

6. Ferrari: 法拉利 (Fǎlālì)

7.  Ford: 福特 (Fútè)

8. Hyundai: 现代 (Xiàndài)

9. Jaguar: 捷豹 (Jiébào)

10. Kia: 起亚 (Qǐyà)

11. Lamborghini: 兰博基尼 (Lánbójīní)

12. Maserati: 玛莎拉蒂 (Mǎshālādì)

13. Mercedes-Benz: 奔驰 (Bēnchí)

14. Peugeot: 标致 (Biāozhì)

15. Porsche: 保时捷 (Bǎoshíjié)

16. Renault: 雷诺 (Léinuò)

17. Rolls Royce: 劳斯莱斯 (Láo sī lái sī)

18. Tesla: 特斯拉 (Tè sī lā)

19. Volkswagen: 大众汽车 (Dàzhòng qìchē)

20. Volvo: 沃尔沃 (Wò'ērwò)


3 ulasan:

MOVIE REVIEW: DEADPOOL 2

ASSALAMUALAIKUM Maaf kerana lambat untuk tulis ulasan tentang filem Deadpool 2 yang telah mula ditayangkan di pawagam-pawagam selu...