ASSALAMUALAIKUM
Pertama-tama kali aku ingin memohon maaf kerana bermula dari hari ini, aku tidak akan lagi menggunakan bahasa 'alien' ataupun juga dikenali sebagai bahasa budak-budak 'wechat'. Sebagai seorang yang berbangsa Melayu di bumi Malaysia ini, aku rasa aku mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan bahasa yang betul dari sudut tatabahasa dan ejaannya bagi memastikan martabat Bahasa Melayu terus terpelihara. Blog ini mungkin akan mejadi sedikit bosan, tetapi aku mengharapkan agak anda semua akan sentiasa menyokong usaha aku ini.
Untuk penulisan kali ini, aku ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu restoran yang menyediakan masakan berasaskan makanan laut (seafood).
Aku sebenarnya tak pasti apa nama warong ni, tetapi berdasarkan apa yang di tulis di Google Maps, warong ni bernama Arie Peng Highway. Jadi, sekiranya anda semua berhajat untuk ke sana, boleh taip Arie Peng Highway di Google Maps dan insya-Allah anda akan jumpa warong ni. Ataupun sekiranya anda semua sudah biasa dengan kawasan Permatang Pauh, anda cuma perlu menggunakan Lebuhraya Utara Selatan ke arah utara, dan keluar di 'exit' Permatang Pauh. Warong ni terletak betul-betul di 'exit' tersebut.
Sebelum anda rancang untuk pergi ke warong ini, aku nasihatkan untuk telefon terlebih dahulu dan tanya samada warong dibuka atau tidak.
No telefon yang boleh dihubungi ialah; 011 - 2960 1650 (Aniq).
Oleh kerana warong ini berada di sebelah lebuhraya, anda terpaksa meletakkan kenderaan anda di bahu jalan.
Ada pelbagai menu yang disediakan, tetapi antara yang paling terkenal ialah Nasi Goreng 'Seafood'. Nasi Goreng yang dimaksudkan disini ialah nasi goreng biasa, bukannya nasi goreng tomyam, nasi goreng ikan masin ataupun nasi-nasi goreng yang lain. Tetapi bagi aku, walaupun Nasi Goreng 'Seafood'nya agak terkenal, rasanya kurang enak berbanding nasi-nasi goreng yang lain. Oleh itu aku sarankan anda semua untuk memilih nasi goreng yang lain. Setakat ini, aku merasakan Nasi Goreng Ikan Masin 'Seafood' adalah yang paling sedap.
Selain nasi goreng 'seafood', warong ni juga menyediakan masakan-masakan yang lain seperti Mee Goreng Seafood dan Mee Kuah Seafood.. Seafood kat sini adalah satu kemestian kerana rasanya yang sedap dan segar, serta saiz hidanganya yang agak besar. Untuk saiz hidangan seafood, anda diberi dua pilihan iaitu biasa ataupun 'special'. Tetapi percayalah, saiz biasapun sudah cukup besar untuk manusia normal.
Dan nasihat terakhir aku untuk anda semua ialah kalau boleh elakkan makan nasi goreng seafood ni dengan telur goreng sebab rasa telur goreng tu boleh membuatkan rasa seafoodnya kurang enak.
Keywords:
1) Kedai makan 'viral' di Permatang Pauh
2) Nasi Goreng Seafood Permatang Pauh
3) Nasi Goreng Seafood 'Highway PLUS'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan