catatan hati seorang perantau hakiki

ASSALAMUALAIKUM


Holika Dahan disambut oleh penganut Hindu bagi melambangkan kemenangan kebaikan ke atas kejahatan pada malam sebelum Holi iaitu festival perayaan warna. Pada tahun ini, Holika Dahan jatuh pada 1 Mac 2018.




Sebenarnya sambutan Holika Dahan ini ada sejarahnya tersendiri. Kitab suci penganut Hindu seperti Narad Purana ada menceritakan sejarah sambutan ini; 

Seorang raja syaitan yang bernama Hiranyakasipu memutuskan bahawa hanya dia yang layak disembah sebagai Tuhan dan dia telah menghukum sesiapa sahaja yang tidak mendengar perintahnya iaitu. Walaubagaimanapun, anaknya yang bernama Prahlad telah ingkar pada perintah ayahnya dan terus setia menyembah Tuhan Vishnu. Raja Hiranyakashipu tidak boleh bertolak ansur dengan keingkaran anaknya itu dan telah meminta bantuan kakaknya bernama Holika untuk membunuh anaknya.
Holika mempunyai sehelai jubah ajaib yang mampu melindunginya daripada api. Dia menggunakan kelebihannya itu dengan mengumpan Prahlad untuk duduk bersamanya di dalam satu unggun api. Ketika Prahlad duduk di atas riba Holika, dia mula menyebut nama Tuhan Vishnu dan dengan kekuasaan Tuhan Vishnu, jubah ajaib tersebut telah terbang daripada Holika dan melindungi Prahlad dari terbakar. Holika telah meninggal dalam kebakaran tersebut.

Kisah kematian Holika ini menjadi pegangan bagi penganut Hindu bahawa kejahatan tidak akan kekal lama kerana kebaikan pasti akan menang akhirnya.

Penafian: 'Post' ini dutulis dengan niat untuk sekadar berkongsi ilmu supaya rakyat Malaysia  yang berbilang kaum ini lebih mengenali antara satu sama lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan