catatan hati seorang perantau hakiki

ASSALAMUALAIKUM


"Enjoy the beauty of sunset and enjoy nature's farewell kiss for the night" ~ Sharon Rene

Suasana pada waktu matahari terbenam begitu indah sekali dengan cahaya-cahaya keemasannya sehingga mampu membuatkan mata-mata manusia terpaku padanya. Segala kesedihan mahupun kekecewaan yang ada di hati pasti akan hilang buat seketika.

"Sunsets are proof that no matter what happens every day can end beautifully" ~ Kristen Butler

Keindahan matahari terbenam itu juga adalah salah satu bukti kebesaran dan keagungan Tuhan. Segala apa yang ada di bumi ini tidaklah diciptakan oleh-Nya secara sia-sia, tetapi ada pengajaran dan hikmah yang boleh kita pelajari selagi kita memandangnya dengan mata hati.

"When I admire the wonders of a sunset or the beauty of the moon, my soul expands in the worship of the Creator" ~ Mahatma Gandhi


Cukuplah dengan kata-kata pendahulan. Untuk post kali ni, aku ingin berkongsi dengan anda semua tempat-tempat kegemaran aku yang aku rasakan antara tempat paling terbaik untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam di Pulau Pinang.


1. Pantai Batu Ferringhi (Belakang Hard Rock Hotel Penang)

Berada di kedudukan No. 1 ialah  Pantai Batu Ferringhi atau lebih tepat iaitu pantai di belakang Hard Rock Hotel Penang. Pemandangan matahari terbenam kat sini adalah berlatar belakangkan Penang National Park..



Kalau anda semua datang ke sini dengan kereta, ada satu tempat yang strategik untuk anda letak kereta iaitu di depan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang ni terletak betul-betul bertentangan dengan Hard Rock Hotel. Di sini sebenarnya bukanlah tempat letak kereta, tetapi ada sedikit ruang yang cukup untuk memuatkan kira-kira 7 biji kereta.

Untuk menunaikan solat Maghrib, anda boleh ke Masjid Terapung Tanjung Bungah (Tanjung Bungah Floating Mosque) yang terletak kira-kira 6 km dari situ.


2. R&R Bagan Ajam

Di tempat kedua ialah R&R Bagan Ajam. Tempat ini menjadi pilihan utama aku untuk menyaksikan matahari terbenam pada hari-hari bekerja (bukan hujung minggu) kerana kedudukannya yang lebih dekat dengan tempat tinggal aku. 



Di R&R Bagan Ajam tersebut ada disediakan surau untuk anda semua solat Maghrib.


3. Tanjung Bungah

Aku pernah sampai ke sini, tetapi bukannya pada waktu matahari terbenam. Namun, kedudukan tempat ini yang agak tinggi membuatkan aku yakin yang pemandangan matahari terbenam kat sini pasti mempersonakan.




Untuk ke sini, anda boleh cari Bao Sheng Durian Farm di Google Maps (auta klik di sini)..

*******************************************

 Itu je lah antara-antara tempat kegemaran aku untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam di Pulau Pinang ni.. sekiranya anda semua tahu tempat-tempat lain, silalah komen di bawah. =)

Sekian~~



Keywords:

1. Tempat-tempat terbaik untuk menyaksikan sunset di Penang
2. Sunset di Penang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan