catatan hati seorang perantau hakiki

ASSALAMUALAIKUM


sesiapa yang rapat ngan aku, pasti tahu sangat yang aku ni 'gila' sotong.. aku kalau bab-bab makanan, sotong memang no satu.. semua masakan kalau boleh aku nak letak sotong.. Nasi goreng kampung sotong la, mee goreng sotong la... orang kata, kalau tak da sotong dalam makanan aku tu memang tak sah.. nasib baik la aku tak jadi 'sotong', masih jantan keras dan handsome macam Brad Pitt. haha

so nak jadikan cerita, ada satu warong masakan kampung jadi viral kat Facebook.. viral sebab sotong bakar dia sedap dan murah.. aku sebenarnya tak perasan pun ke'viral'lan tu... aku sedar pun after kawan aku tag nama aku kat post viral tu... so aku apa lagi, terus plan nak p 'serang' warong tu..



sebelum aku cerita lebih jauh,, meh aku share serba sedikit pasal warong ni:

Nama restoran: Pak Mud Cafe Masakan Kampung
No telefon: 019 - 578 5899 (Imran)
Lokasi: Kampung Berlau, Merbok, Kedah
Hari Operasi: Ahad hingga Khamis, cuti pada hari Jumaat dan Sabtu
Waktu Operasi: 9:00 pagi - 3:30 petang
Facebook: Pak Mud Cafe

kalau korang tak tahu kat mana lokasi warong ni, korang boleh search Pak Mud Cafe kat Waze (click sini) ataupun kat Google Maps (click sini). Kalau korang seach guna Google Maps, kena hati hati sket sebab kat Google Maps dia akan tunjuk dua lokasi berbeza.. Lokasi yang betul ialah warong ni berada betul-betul tepi jalan iaitu jalan yang sama dengan Sekolah Islam Zubaidiyah.. 

aku sampai sana dalam pukul 10:15 pagi.. time aku sampai tu,, tu diaaaaa,, ramai dah orang ngah beratur tunggu turn untuk dapatkan sotong bakar.. dalam 45 minit gak la beratur baru sampai turn aku...



sebenarnya warong ni sama je dengan warong masakan kampung yang lain, cuma yang bezanya ialah sotong 'tembun' bakar dia... kalau korang tak nak makan sotong bakar dia, boleh je ambil lauk lain, cuma rugi la.. orang mai warong ni sebab nak rasa sotong dia,, tapi alih-alih korang p amek lauk lain.. macam something wrong kat situ..


kat sini hanya sotong yang ada telur sahaja dipilih untuk dibakar sebab owner dia kata rasanya lebih sedap.. after siap dibakar, sotong tu akan diperap ke dalam satu ramuan sos.. kepada yang tak leh makan pedas tu,, korang kena hati-hati la sebab sos dia agak pedas.. berpeluh gak la aku makan.. haha..

sambil-sambil aku makan tu, sempat gak la berborak dengan pekerja warong tu.. pekerja dia beritahu yang dulu-dulu sebelum viral,, sehari dalam 100 ekor sotong je diaorang sediakan.. tapi sejak dah viral kat facebook, diaorang terpaksa sediakan hampir 350 ekor sotong.. itu pun dia kata tak cukup... so hari yang aku pergi tu,, dia kata depa sediakan 500 ekor sotong.... fuhhhh... semoga bertambah murah rezeki warong tu... 

lupa nak habaq, harga seekor sotong tu ialah RM6.00.. murah kan? dah la besar-besar saiz sotong depa,, penuh dengan isi telur pula tu.. fuhhhh.. memang sedap!! aku saja hari tu, tibai 3 ekor sotong.. haha... patutlah 350 ekor sotong pun tak cukup.. 

kepada yang gila sotong macam aku ni, silalah start enjin kereta masing masing dan p makan kat sana... insyaAllah tak menyesal...

*kemaskini: Pihak warong telah menempatkan satu kanopi bagi menambah bilangan kerusi dan meja untuk para pelanggan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan