catatan hati seorang perantau hakiki

ASSALAMUALAIKUM


Movie Pacific Rim: Uprising yang merupakan sekuel kepada movie Pacific Rim (2013) telah mula ditayangkan secara tidak rasminya hari ini di pawagam-pawagam terpilih di seluruh Malaysia. Movie yang dikatakan telah menelan belanja kira kira 150 juta USD ini diarahkan oleh Steven S. DeKnight yang juga merupakan pengarah kepada satu siri telivisyen terkenal pada satu ketika dahulu iaitu Smallville. 


Watak utama untuk movie yang kira-kira 20 minit lebih pendek berbanding Pacific Rim (2013) ini dipegang oleh John Boyega yang membawa watak sebagai Jake Pentecost iaitu anak kepada Marshal Stacker Pentecost. Jake pada suatu ketika dahulu merupakan pemandu Jaeger, telah meninggalkan organisasi tersebut dan memilih kehidupan yang lebih hina dengan menjadi pembekal alat-alat ganti asli Jaeger kepada pasaran gelap. Namun sewaktu sedang mengejar Amara Namani yang telah terlebih dahulu berjaya mendapatkan satu alat ganti Jaeger yang berharga, mereka berdua telah ditahan oleh Pan Pacific Defense Corps. (PPDC). Jake diberi pilihan samada masuk ke dalam penjara ataupun bekerjasama dengan PPDC untuk melatih kadet baru menjadi pemandu Jaeger. Jake telah memilih untuk bekerjasama dengan PPDC dan Amara juga telah terpilih untuk menjadi kadet baru kerana PPDC kagum dengan cara dia memandu Jaeger ciptaannya sendiri.

Ketika di Sydney, satu Jaeger yang tidak berdaftar tiba-tiba datang menyerang dan Jake bersama pasangannya yang sememanggnya sudah berada disitu didalam Jaegernya telah melawan balik. Fast forward, setelah Jaeger yang dipandu oleh Jake dan pasangannnya berjaya membunuh Jaeger yang tidak dikenali itu, mereka dapati Jaeger tersebut tidak dipandu oleh manusia, sebaliknya oleh otak kedua Kaiju.

Tanpa sentuhan dari pengarah Guillermo del Toro dan juga tanpa kehadiran watak utama movie sebelum ini iaitu Raleigh Becket, movie Pacific Rim: Uprising ini terasa hilang kesinambungannya dengan movie Pacific Rim (2013).  Dialog-dialog dalam movie ini juga terasa janggal dan seolah-olah hanya dihafal bulat-bulat oleh para pelakon tanpa sebarang penambahan kreativiti. Sesungguhnya movie Pacific Rim: Uprising ini telah mengecewakan peminat-peminat Pacific Rim (2013) seperti aku.

Ada beberapa persoalan yang telah timbul dari movie ini:

1. Apakah kaitan antara Jaeger yang tidak dikenali itu dengan satu fasiliti yang terletak di Siberia?
2. Dari manakah datangnya 3 ekor Kaiju tersebut?

Hanya ada satu ulasan positif untuk movie ini iaitu kesemua adegan berlawan oleh Jaeger dan Kaiju berlaku pada siang hari. So, segala butiran (details) dan kekemasan Jaeger dan Kaiju boleh dilihat dengan jelas.



Untuk movie ini, aku bagi 2 bintang.
★★


Nota akhir: Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid atas kurniaan cahaya mata mereka yang pertama. Semoga anak perempuan mereka membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Kepada yang lain, hormatilah permintaan mereka supaya tidak menyebarkan anak perempuan mereka itu. 



Keywords:

1. Ulasan movie Pacific Rim: Uprising
2. Pacific Rim: Uprising review
3. Gambar anak Siti Nurhaliza

Tiada ulasan:

Catat Ulasan