ASSALAMUALAIKUM
Sekiranya anda melancong ke Bangkok, Thailand, The Grand Palace adalah salah satu tempat yang wajib anda kujungi.
Dibina pada tahun 1782, kompleks ini bukan saja menempati istana raja, tetapi juga beberapa buah pejabat kerajaan dan juga Temple of The Emerald Budha. Luas keseluruhan kompleks ini ialah kira-kira 218 000 m2 dan dikelilingi oleh 4 dinding yang panjangnya kira-kira 1 900 meter.
Walaupun kompleks ini kebanyakannya dikunjungi pada siang hari, saya cadangkan anda semua untuk datang ke sini pada waktu malam juga kerana pada waktu malam bangunan dan seni bina di dalam kompleks tersebut cantik diterangi dengan cahaya lampu, sesuatu yang tidak mungkin anda alami pada siang hari. Anda mungkin tidak boleh untuk masuk ke dalam kerana ianya hanya dibuka bermula dari pukul 8:30 pagi sehingga 3:30 petang, tetapi anda masih boleh nampak dan ambil gambar seni bina tersebut dari luar pagar.
Harga tiket masuk untuk seorang pelancong asing ialah 500 Baht. Walaupun harga tiketnya agak mahal, aku pasti kos untuk menjaga seni bina di dalam kompleks tersebut jauh lebih tinggi. Terdapat pelbagai monuman, seni bina mahupun patung yang boleh anda lihat secara dekat seperti The Demon Guardians dan Phra Mondop. Walaupun kompleks ini sudah berusia melebihi dua abad, kehalusan dan kecantikan seni binanya masih terjaga rapi.
Terdapat dua belas pintu gerbang di sekeliling kompleks ini dan pintu gerbang yang menjadi pintu masuk utama untuk para pelancong ialah Wiset Chaisri Gate (peta sini).
Kepada anda yang berkunjung ke sini pada waktu malam, anda boleh terus ke Khao San Road Night Market dengan berjalan kaki kerana jarak antara keduanya hanyalah kira-kira 2 km.
Sekian......
Keywords:
1. Harga tiket masuk The Grand Palace
2. Tempat yang wajib dilawati di Bangkok
3. Pintu masuk utama The Grand Palace
4. The Grand Palace at night
5. The main entrance of The Grand Palace Bangkok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan