catatan hati seorang perantau hakiki

ASSALAMUALAIKUM


Seperti biasa, semalam aku keluar pergi menontong wayang dengan kawan-kawan. Filem yang kami tonton semalam ialah Ready Player One.

Filem ini dihasilkan dan diarahkan oleh Steven Spielberg, dan ditulis oleh Zak Penn dan Ernest Cline berdasarkan sebuah novel yang diterbitkan dengan nama yang sama pada tahun 2011. Untuk pengatahuan anda, Steven Spielberg ini pernah memenangi Anugerah Akadami untuk kategori Pengarah Terbaik sebanyak dua kali dengan filem yang bertajuk Schindler's List danSaving Private Ryan.



Filem Ready Playen One ini dibintangi oleh Tye Sheridan sebagai watak utama, Wade Watts dan garis masa filem ini ialah pada tahun 2045 dimana kebanyakan manusia pada ketika itu menggunakan perisian realiti maya OASIS untuk melepaskan diri dari dunia nyata. Perisian realiti maya tersebut dicipta oleh James Halliday bersama kawan baiknya iaitu Ogden Morrow. Sebelum James Halliday meninggal dunia, dia telah mencipta satu permainan di dalam OASIS tersebut yang dipanggil sebagai "Anorak's Quest".

Permainan ini dicipta oleh James Halliday dengan tujuan untuk mencari pewaris kekayaannya dan juga peganti yang layak untuk memiliki OASIS ciptaannya. Permainan ini juga salah satu cara James Halliday untuk berkongsi minatnya terhadap budaya era 1980-an.

Untuk memenangi permainan tersebut, para pengguna OASIS perlu mencari 3 kunci untuk membuka 3 pintu gerbang yang terdapat di seluruh OASIS. Setelah berjaya membuka ketiga-tiga pintu gerbang tersebut, pemain tersebut akan diuji sebelum diberikan sebiji telur paskah (easter egg) sebagai tanda kejuaraan.

Walaupun aku bukanlah seorang 'kaki game', aku berpendapat yang filem ini sangat menarik untuk ditonton dan sekiranya anda merupakan seseorang yang suka main game, anda pasti akan berasa lebih seronok kerana filem ini mengabungkan beberapa permainan yang mungkin anda pernah main seperti Adventure, Black Tiger dan Duke Nukem.

Dan secara peribadi juga, aku merasakan filem ini pasti lebih seronok kalau ditonton dalam versi 3D.




Untuk movie ini aku bagi 4.5 bintang.





Keywords:
1. Movie baru di pawagam, Ready Player One.
2. Latest movie in cinema, Ready Player One.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan