ASSALAMUALAIKUM
1. Disarankan untuk menginap di Patong kerana di sana terdapat pantai yang sangat meriah dan terdapat juga banyak kedai makanan Halal.
2. Disarankan untuk mengambil pakej perlancongan kerana kebiasaanya pakej tersebut disertakan bersama makan tengah hari. Ingat, harga makanan di Phuket sangat mahal! Harga satu telur mata ialah RM5!
3. Tidak disarankan untuk membeli pakej perlancongan secara atas talian, tetapi sebaliknya disarankan untuk beli secara 'direct' dari kedai agen pelancongan.
4. Terdapat banyak kedai agen pelancongan di sekitar Phuket terutamanya di Patong. Oleh itu disarankan untuk membuat tinjaun harga terlebih dahulu. Pastikan anda dapat harga yang sama atau lebih murah daripada yang aku beli (klik sini). Berdasarkan pencarian aku, antara kedai yang menjual pakej pelacongan dengan harga yang murah ialah (klik sini).
5. Di Patong, malamnya sangat 'happening' terutamanya di Bangla Road. Tetapi, anda perlu berhati-hati kerana suasana di Bangla Road teramat lah liar dan lebih liar berbanding Khao San Road di Bangkok. Di Bangla Road, anda mungkin kena tarik oleh pekerja-pekerja pub di sana supaya anda minum di tempat mereka. Di sana juga dikatakan terdapat kelab gay yang sangat liar... kenapa aku kata sangat liar? Kerana pekerja sana dikatakan melakukan seks secara terbuka atas pentas.. 😲😲
Dan (Kami juga telah mengutus Nabi) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kalian mengerjakan perbuatan yang sangat hina itu, yang belum pernah dilakukan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelum kalian?" - Al: A'raaf ayat 80
6. Dinasihatkan untuk memakai krim sunblock dengan SPF 50 kerana kadar UV di Phuket sangat tinggi. Sinar UV ini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan sekiranya kita terdedah secara beterusan untuk tempoh yang lama tanpa apa-apa perlindungan. Baca kesan negatif UV terhadap kesihatan di sini.
7. Krim sunblock atau krim sunscreen tidak melindungi kulit kita daripada terbakar dan menjadi gelap. Sekiranya anda risau kulit anda menjadi gelap atau terbakar, dinasihatkan untuk menutup kulit kita dengan kain.
8. Di Thailand, tidak terkecuali di Phuket, terdapat banyak kedai jahit yang menyediakan perkhidmatan membuat suit dengan harya yang sangat berpatutan dan siap dalam masa 24 jam.
10. Rasa Tom Yam di Phuket tidak jauh berbeza bebanding di Malaysia. Untuk rasa Tom Yam yang lebih enak, lebih baik untuk anda pergi ke Bangkok.
11. Sehari di Phuket, anda mungkin akan menghabiskan wang sebanyak 1500 - 1800 baht; untuk pakej pelancongan dan makan malam.
Keywords:
1. Tip-tip melancong ke Phuket.
2. Harga tour package di Phuket
3. Beza sunblock dan sunscreen
4. Suit murah di Phuket
5. Tukar duit Thailand dengan kadar murah
5. Tukar duit Thailand dengan kadar murah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan