catatan hati seorang perantau hakiki

ASSALAMUALAIKUM


Movie yang ditunggu ramai ini akhirnya mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia bermula semalam (25 April 2018). Aku juga tidak melepaskan peluang untuk menjadi antara orang yang terawal menonton movie ini. Tiket movie ini aku beli 3 minggu yang lepas dan pada masa itu panggung wayang sudah hampir penuh! dan walaupun movie ini baru sahaja ditayangkan tidak sampai seminggu, ianya sudah pun dimuatnaik di internet. maaf, aku tak akan beritahu kalian laman web untuk tonton movie tersebut. kalau nak, sila cari sendiri. =P

Movie Avengers - Infinity War ini diarahkan oleh satu pasangan adik-beradik iaitu Joe Russo dan Anthony Russo. Termasuk filem ini, adik-beradik Russo sudah 3 kali bekerjasama dengan Marvel Cinematic Universe. Filem pertama arahan adik-beradik Russo ialah Captain America - The Winter Soldier dan filem kedua pula ialah Captain America - Civil War. Ketiga-tiga movie arahan mereka mendapat ulasan dan komen yang sangat bagus daripada pengkritik professional dan juga daripaga para penonton biasa.



Latar masa untuk movie ini adalah selepas movie Thor - Ragnarok. Kalau kalian masih ingat, di akhir movie Thor - Ragnarok, Thor dan penduduk Asgard yang terselamat telah melarikan diri dengan satu kapal angkasa bernama Statesmen. Thor pada waktu itu telah membuat keputusan untuk membawa penduduk Asgard tersebut ke Bumi.

Walau bagaimanapun, pada permulaan movie Avengers - Infinity War ini, telah ditunjukkan yang kapal angkasa Thor itu telah dihalang oleh sebuah kapal angkasa yang lebih besar. Rupa-rupanya kapal angkasa yang lebih besar itu adalah milik Thanos. Thanos telah menghalang kapal angkasa Thor kerana ingin merampas Space Stone iaitu salah satu daripada Infinity Stones. Pada waktu itu, Thanos sudah pun memiliki Power Stone yang dirampas dari planet Xandar.

Tujuan utama Thanos ingin mempunyai enam Infinity Stones adalah kerana dia mahu menghapuskan (membunuh) separuh penduduk di seluruh angkasa (termasuk Bumi) dengan hanya satu jentikan. Kenapa dia ingin membunuh separuh penduduk? Kerana baginya bilangan penduduk sudah terlampau ramai dan sumber-sumber alam akan habis digunakan sekiranya bilangan penduduk tidak dikawal. Jadi dia merasakan dengan menghapuskan separuh penduduk di seluruh angkasa dapat membawa semula kestabilan hidup.

Adakah Thanos berjaya mengumpul keenam-enam Infinity Stones tersebut? Sekiranya dia berjaya, ahli Avengers yang manakah yang terhapus? Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, kalian tengoklah sendiri movie ini di pawagam-pawagam yang berdekatan kerana movie ini sangat berbaloi untuk ditonton. Dalam movie ini, boleh dikatakan hampir kesemua hero muncul. Spiderman dengan sut barunya yang serba canggih, Thor dengan tukulnya yang lebih berkuasa, Captain America dengan wajahnya yang lebih segar, Bucky Barnes dengan tangan besi barunya..

Walaupun movie Avengers - Infinity War ini sudah agak panjang, ceritanya masih belum berakhir. Berdasarkan pencarian aku di internet, akan ada sambungan movie ini pada tahun hadapan.

Pesanan: Seperti movie-movie Marvel yang lain, movie Avengers - Infinity War ini juga mempunyai post-credits scene. Tetapi berbeza dengan sebelum-sebelum ini, post-credits scene muncul betul-betul pada akhir movie. Jadi, kena bersabar sedikitlah kerana kalau tengok movie ini dalam internet pun tak ada post-credits scene tu.





Keywords:

1. Watch Avengers: Infinity War online
2. Tonton movie Avengers: Infinity War online
3. Avengers: Infinity War
4. Sambungan Avengers: Infinity War

2 ulasan: