Tuesday, October 28, 2014

MAKCIK SI PEKERJA KEDAI MAKAN

AS-SALAM


haha. korang perasan something tak yang pelik kat blog ni??? semua gambar yang upload, tak de kaitan lansung dengan tajuk post.. nak tahu kenapa?? sebabnya laptop aku rosak, jadi tak boleh nak pilih gambar yang lebih mesra dengan tajuk post. hehehe. 

ok lah. aku  nak cerita dan kongsi dengan korang semua apa yang berlaku semalam. fresh lagi cerita ni uolzz.. 

cerita dia macam ni.. aku hampir setiap hari akan balik lambat dari pejabat, tapi kalau aku balik awal dari kerja, confirm aku akan singgah satu kedai makcik ni... oleh sebab aku ni selalu sangat dah pergi kedai dia ni, so aku ngan makcik ni dah jadi rapat giler.. selalu sangatlah aku dapat harga murah.. agaknya dia nak jadikan aku menantu dia koyt. haha. ok itu hanya perasaan aku.. haha

nak dijadikan cerita, kebetulan semalam ada seorang makcik baru kat kedai dia ni. maybe pekerja baru koyt... so semalam, aku belilah nasi lemak (nasi lebih) campur sambal sotong dan telur mata.. sotong plak, bukan 1,2 ekor, tapi 5,6 ekor. hahaha. harga yang makcik baik tu kenakan kat aku ialah RM4.50.. kira murahlah sebab nasi dah lah lebih, sotong plak macam 2 orang makan. haha. 

tapi yang aku tension semalam, bila makcik baik tu sebut harga rm4.50, makcik baru tu jeling-jeling je makcik baik. aishhhh. aku rasa nak cucuk je mata makcik baru tu.. kalau sekali tak pe gak, tapi makcik baik tu dah sebut berkali-kali harga yang sama, makcik baru tu tetap tak nak serahkan makanan aku. hahaha. aku tengok je makanan aku tu, kalau ikutkan hati, aku rampas je makanan tu dan cabut.. haha. ikutkan hati je lah. ikutkan akal, tak akan buat pun. hahaha. 

ok tu je lah cerita aku.. sekian. wassalam!! 

Friday, October 17, 2014

TAZKIRAH DI PERHIMPUNAN SEKOLAH

as-salam


motif sangat kan aku upload bendera jepun? haha. aku sebenarnya tak ada gambar perhimpunan sekolah, so that's why I uploaded gambar bendera jepun. ala-ala bendera time perhimpunan tu. btw,, sape kat sini pernah bertugas untuk naikkan bendera ketika lagu dimainkan??? hahaha. aku adalah salah sorang yang kena paksa buat benda alah.. perghhhh, aku paling benci dan tak leh blah apabila lagu dah nak habis, ttp kita punya bendera baru 1 inchi dari tanah... haha. terpaksa lah kau naikkan bendera tu laju laju macam ferrari. hmmm

TETAPI, aku bukan lah nak cerita pasal tiang bendera mahupun bosannya mendengar segala laporan kebersihan oleh para pengawas yang bilik sendiri pun tak terurus. but, I wanna share with u a story yang bagi aku, amat lah lawak dan memalukan diri sendiri. tapi aku tak malu pun nak share ngan korang pasal ni. haha.

ok, cerita ni berlaku pada bulan puasa tahun 2008. I was in Form 5 back then. so, as one of the student yang bertuah, aku telah dilantik untuk menyampai tazkirah pagi sebelum waktu belajar bermula.. orang yang dilantik untuk menyampaikan tazkirah ni bukan aku seorang sahaja, tetapi ramai. setiap pagi, orang yang berbeza akan sampaikan.. jadi, orang yang ditugaskan untuk menyampaikan tazkirah pada hari tersebut, perlu mengambil buku tazkirah dari pejabat dan just baca je tazkirah yang telah disediakan.. sebagai kemuncak cerita, aku terlupa yang hari tersebut adalah hari aku bertugas... dan yang paling malangnya, hari tersebut adalah hari perhimpunan unit beruniform. fuhhhhhh. (muka dah kembali merah. haha).. so,, si pengerusi majlis tu, buat lah pengumuman, "di jemput Saudara Amirul Imran untuk menyampaikan tazkirah ramadhan.".. aku apabila dengar je nama aku dipanggil, terus rasa nak luruh segala jantung hati aku. haha. mana tak nya, buku tazkirah aku lupa nak ambil.. haha. I pretended like yang aku tak dengan nama aku dipanggil, tetapi boleh plak yang si pengerusi majlis tu ulang 3 kali nama aku.. hahaha. aku pun terpaksa lah keluar...

hahahaha. cuba korang teka,, apa tajuk tazkirah aku?? sepatutnya tazkirah mesti berkaitan dengan ramadhan, tetapi aku punya turn, aku bagi tazkirah berkenaan dosa mengumpat. hahaha. padan muka kau imran, siapa suruh tak ready. haha

Wednesday, October 15, 2014

MOVIE REVIEW: DRACULA UNTOLD AND THE EQUALIZER

SALAM


hyee, uolzzzzzz. amacam? sihat ke smua? sorry sebab lama tak post apa apa.. haha. and like usual, alasan dia sama je, sebab sibuk... serious,, memang aku sibuk... pergi kerja pukul 7.30 pagi, balik kerja pukul 7 malam.. sampai rumah, tak sempat nak buat apa apa, dah kena tidur sebab nak bangun awal. aishhhhh. rupanya lagi best jadi student... no need to tido awal, sebab kalau tidor lambat, boleh tidur dalam kelas.. haha. ok,,, it is not a good thing untuk ditiru. haha

so,, bila je aku ada masa?? aku hanya betul betul free ketika weekend sahaja.. sadis kan? haha...

btw, aku nak share ngan korang about the movie I watched last weekend. Hari jumaat aku tengok The Equalizer, hari sabtu plak aku tengok Dracula Untold.

ok, first, biar aku cerita pasal The Equalizer dulu.. movie ni more to action, bunuh bunuh, tembak menembak dll. aku yang jenis takut tengok dari memancut, memang asyik tutup mata je. haha. ok, biar aku jujur ngan korang, at the beginning, movie ni teramatlah slow. tahap slow dia sampai ko rasa menyesal bazir duit beli tiket wayang. but, once dah start dia punya action, perghhh, memang thorbaik giler.. movie dia ni mengisahkan seorang lelaki tua (hero) yang ingin membebaskan seorang wanita muda daripada menjadi bahan pelacuran. tetapi disebarkan bapak ayam tu tak nak bebaskan, dia terpaksa lah bunuh bapak ayam tu... so, start dari dia bunuh bapak ayam ni lah, movie dia semakin menarik dan teruk menarik. haha.. yang pasti, cara hero tu berlawan teramat stylo mylo. dia akan tengok dia punya musuh dahulu, then dia akan set target masa, dan barulah dia start dia punya aksi.

Untuk movie ni aku bagi, 7.5/10....


ok, next, movie Dracula Untold.... aku sebenarnya tak minat pun nak tengok movie ni sebab kawan aku yang kaki wayang tu dah awal awal beritahu yang movie ni tak best. tetapi disebabkan kawan perempuan aku tu ajak tengok wayang, so aku layan je lah.. movie ni mengisahkan seorang putera raja yang ingin mengekalkan keamanan di negara nya. namun, keamanan negara nya telah terganggu apabila tentera Turkey mula menyerang kubunya setelah putera tersebut membunuh tentera tentera Turkey yang ingin mengambil anaknya untuk dijadikan askar Turkey... oleh kerana negara putera tersebut tidak mempunyai kekuatan yang besar untuk melawan tentera Turkey, maka putera tersebut telah meminta pertolongan seekor (seorang?) Dracula...

haha. nampak tak tetiba je aku jadi serious dan ayat aku menjadi teramat skema? haha. itu nak menunjukkan yang aku amat tak boleh nak memahami dan menjiwai dan menhati-i movie tersebut. hampeh dan hampeh. serious movie tu amat tak best. hanya sekadar indah nama tajuk je... wayang start pukul 10.20, tu tak campur iklan lagi, dan habis pukul 11.50. what the movie kan? hahaha

ok lah, untuk movie ni aku bagi 6/10. hmmm

ok lah. kena tidur dah. esok nak kerja lagi. moga aku terus dan menerus tulis post. haha. salam



MOVIE REVIEW: JUSTICE LEAGUE

ASSALAMUALAIKUM Bulan lepas aku dapat 6 tiket wayang secara percuma.. Nampak macam syiok kan?? Syiok memang la syiok sebab percuma,...