catatan hati seorang perantau hakiki

ASSALAMULAIKUM



sapa kat sini pernah tengok cerita karton Bug Bunny?  kalau korang lahir tahun 90-an ataupun lebih awal, korang mesti pernah tengok karton ni walaupun sekali. tapi tahu tak yang korang mungkin tertipu dengan karton ni..




apa yang korang tertipu??  sebenarnya lobak merah (carrot) tak baik untuk arnab walaupun dalam karton tu Bug Bunny selalu duk makan carrot. secara naturalnya, arnab tidak makan root vegetables/fruit iaitu sayur-sayuran yang tumbuh bawah tanah seperti lobak itu sendiri..

so apa yang sepatutnya arnab makan? arnab sepatutnya diberi makan rumput kering (Hay) sebagai makanan utama, dan hanya diberikan carrot atau makanan yang lain sekali-sekala sahaja. 


Berdasarkan kajian oleh pusat kebajikan haiwan terbesar di UK iaitu RSPCA, sebanyak 11% daripada arnab perliharaan mengalami kerosakan gigi akibat selalu diberi makan lobak merah. dan jumlah yang sama juga mengalami masalah pecernaan.. (berita lanjut di sini)

so nasihat aku kepada anda semua di luar sana, jangan cepat percaya dengan apa yang anda dengar, baca atau tengok.. selidik dahulu..

tetapi kenapa Hay sangat bagus untuk arnab?

1. Hay adalah terdiri daripada serat panjang yang membantu otot usus arnab kekal kuat.
2. Mengunyah Hay boleh mengasah gigi mereka yang semakin tumbuh ke tahap yang selamat.
*Gigi arnab akan tumbuh secara beterusan dan sekiranya tidak dikawal, gigi-gigi tersebut akan tumbuh di luar kawalan.. Dan ingat, masalah mata sering dikaitkan dengan masalah gigi!
3. Hay menggalakkan tingkah laku semulajadi seperti memakan dan meragut (bukan meragut bag tangan. haha) , yang boleh mengurangkan kebosanan, meningkatkan aktiviti, dan memberikan arnab rasa 'selamat'.

so kepada sesiapa yang selalu duk bagi lobak merah kat arnab tu, sudah-sudah lah tu yerk.. dah la lobak merah tu mahal.. 5 hengget sekilooo.. haha.. lepas ni bagi je rumput kering kat arnab korang tu.. pastikan bagi yang fresh dan bersih tau! sedangkan korang sendiri pun tak mau makan makanan lama, ye dak? haha..

Feeding 80% hay is preventative health care.
source: https://rabbit.org/the-importance-of-hay/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan