Saturday, January 20, 2018

ImFact: LOBAK MERAH ADALAH TIDAK BAIK UNTUK ARNAB

ASSALAMULAIKUM



sapa kat sini pernah tengok cerita karton Bug Bunny?  kalau korang lahir tahun 90-an ataupun lebih awal, korang mesti pernah tengok karton ni walaupun sekali. tapi tahu tak korang yang tertipu dengan karton ni..


Saturday, December 30, 2017

CONTEST: iPHONE 8 TO BE WON

ASSALAMUALAIKUM


aku ni jenis yang pantang nampak contest.. ada je mana-mana contest ngah berlansung, aku pasti rasa nak masuk...mana lah tahu kot-kot rezeki aku ada kat dalam contest tu,, who knows kan... dapat lah jugak merasa barang-barang free.. nak beli sendiri, belum tentu cukup duit..

so kali ni aku nak share ngan korang semua satu contest yang tengah berlansung dan yang aku sendiri masuk... contest ni dibawakan oleh iBanding (click sini) dan akan berakhir pada 31 January 2018.. secara ringkasnya, iBanding ni adalah satu platform bagi rakyat Malaysia untuk mendapat maklumat bebas dan mendapat pendidikan mengenai insurans. 

Thursday, December 21, 2017

HARI YANG MENYEDIHKAN

ASSALAMUALAIKUM


Hari ahad minggu lepas adalah antara hari yang paling menyedihkan dalam hidup aku.. Bukan sebab ada kematian ke apa, tapi disebabkan banyak plan aku pada hari tu tak menjadi...

kebiasaanya setiap hujung minggu, aku akan balik ke rumah ibu aku,, tapi disebabkan aku ada kerja kena settle kat rumah sewa, so aku decided untuk tak balik.. alang-alang aku tak balik tu, aku ajaklah housemate aku sorang ni p breakfast kat satu warung kegemaran aku tu.. nama warung tu ialah Warung Adik & Abang... (click sini untuk direction).. kedai ni sepatutnya dibuka setiap hari kecuali hari Rabu, tapi memang tak ada rezeki kami, kedai tu tutup pada hari Ahad yang kami pergi tu.. 

Thursday, November 30, 2017

ImFact: JENAMA KERETA YANG ADA NAMA CINA

Assalamualaikum


Baru-baru ni duk kecoh kononnya Proton kena tukar nama selepas Geely milik syarikat China membeli 49.9% lot saham Proton. Ye lah mana tak kecoh, elok elok nama Proton, kena tukar jadi 'Bao Teng'..

Tapi sebenarnya nama Proton tu tak tukar pun, cuma untuk pasaran di negara China sahaja nama Proton tu kalau ditulis dalam tulisan depa akan menjadi '宝腾' (Bao Teng) iaitu yang bermaksud 'Harta + Terbang'. 

Sama lah juga dengan kes Mazda.. Kalau kat Jepun, Mazda ditulis dalam bahasa depa iaitu 'マツダ' yang berbunyi 'MATSUDA'.. tapi apabila dipasarkan diluar Jepun, ianya diubah kepada 'Mazda'... 

Saturday, November 25, 2017

PENGALAMAN KE KIDZANIA KUALA LUMPUR

ASSALAMUALAIKUM


so nak dijadikan cerita, minggu lepas aku iring anak-anak dari Kelas Rakyat Parit Buntar ke KidZania Kuala Lumpur. Apa ke benda Kelas Rakyat ni? Kelas Rakyat ni adalah satu program pembangunan pendidikan untuk anak-anak yang masih belum menguasai asas membaca dan mengira seperti yang sepatutnya. Tapi bukan semua layak masuk Kelas Rakyat ni walaupun ketinggalan dalam pelajaran, hanya anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan je boleh menikmati Kelas Rakyat yang percuma ni. btw, kalau free, macam mana Kelas Rakyat ni boleh berjalan? sudah tentunya dengan hasil sumbangan anda-anda semua di luar sana... kalau anda yang sedang membaca ni pun nak turut serta memyumbang, boleh click (sini). 

so dengan sumbangan-sumbangan rakyat Malaysia juga lah kami dapat merealisasikan impian anak-anak Kelas Rakyat ni untuk ke Kidzania Kuala Lumpur... kami pergi ke sana pada hari Sabtu lepas, iaitu pada 18 November 2017.. 

pada awalnya aku tak merancang pun untuk masuk bersama kerana kami nak kurangkan kos tiket masuk, tapi disebabkan ada seorang Pengiring (sukarelawan) yang tidak dapat hadir tepat pada masanya atas sebab-sebab tertentu, so aku kenalah masuk. 

Thursday, November 16, 2017

MOVIE REVIEW: JUSTICE LEAGUE

ASSALAMUALAIKUM


Bulan lepas aku dapat 6 tiket wayang secara percuma.. Nampak macam syiok kan?? Syiok memang la syiok sebab percuma, cuma yang tak syiok nya tiket tu boleh tebus kat counter je, tak leh tebus kat online. So Ahad lepas, aku pergi Aeon Bukit Mertajam, alang-alang aku dah ada kat sana, aku terus pergi counter tiket wayang dan tebus untuk Justice League. 

Movie ni baru je start tayang semalam, so aku boleh dikatakan orang terawal gak la tengok movie ni. kononnya laa... haha

So macam dah tertulis kat tajuk atas tu, aku nak bagi review sket pasal movie ni.. Kalau nak download free cerita Justice League ni, boleh cari kat lain sebab sini tak buat kerja-kerja haram macam tu. =P (padahal selalu gak download movie online. haha)

Thursday, October 26, 2017

ImFact: Kenapa ada tayar tambahan pada lori yang tidak menyentuh tanah?

Assalamualaikum

gambar dari google
start hari ni, aku nak start satu tema baru untuk blog aku iaitu ImFact, gabungan antara Imran dan Fact. macam orang lain, aku ni jenis yang penuh dengan tanda tanya.. kalau boleh aku nak tau semua benda even sekecil kecil perkara.. dan setiap kali aku nak mencari jawapan untuk segala persoalan aku tu, aku pasti akan Google dengan bahasa inggeris.. kenapa tidak dengan bahasa melayu?? sebab aku rasa informasi informasi yang tak penting seperti ini masih tidak banyak ditulis dalam bahasa melayu.. dan oleh sebab itulah juga aku rasa aku nak start tulis blog dengan tema baru ni..

untuk fakta pertama dalam blog aku ni, aku nak beritahu kenapa ada tayar tambahan pada lori yang tidak menyentuh tanah..

ImFact: LOBAK MERAH ADALAH TIDAK BAIK UNTUK ARNAB

ASSALAMULAIKUM sapa kat sini pernah tengok cerita karton Bug Bunny?  kalau korang lahir tahun 90-an ataupun lebih awal, korang me...