ASSALAMUALAIKUM
Setelah lebih 6 tahun berkhidmat sebagai seorang jurutera, aku akhirnya diberhentikan kerja kerana ibu pejabat telah mengambil keputusan untuk menghentikan sepenuhnya operasi syarikat aku. Bukan aku seorang, tetapi kesemua pekerja iaitu kira-kira seramai 165 orang diberhentikan kerja pada 31 Julai 2020 dengan notis 3 bulan.
Ketika pengumuman penutupan kilang dibuat pada 13 Mac 2020, kami semua terkejut. Ye lah, siapa sangka syarikat kami yang merupakan anak syarikat Nippon Steel Corporation menghadapi nasib sebegini. Sebenarnya syarikat aku tidak mengalami kemerosotan perniagaan kerana wabak Covid-19 ini, tetapi disebabkan oleh faktor lain sejak beberapa tahun lepas lagi. Cuma kebetulan ianya berlaku ketika wabak Covid-19 sedang melanda dunia. Tetapi kebetulan ini jugalah membuatkan ianya lebih sukar dan perit kerana bukan kami sahaja yang kehilangan pekerjaan.
Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan kerja baru ketika masih berkerja di syarikat lama. Namun, ada sebilangan rakan aku yang lain belum berjaya mendapatkan pekerjaan sehingga sekarang.
By the way, aku ingin berkongsi sedikit mengenai pampasan kehilangan pekerjaan yang diberikan oleh syarikat aku.
Aku tidak mahir tentang Akta Kerja 1995 dan Peraturan-peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sementara) 1980, tetapi ia ada menyebut tentang faedah yang harus diberikan kepada pekerja yang diberhentikan.
Ini sebenarnya bergantung pada pengurusan syarikat untuk menentukan jumlah pampasan yang akan diberikan, tetapi ianya mestilah tidak kurang dari jumlah minimum yang dinyatakan dalam akta di atas. Terdapat syarikat yang memberi pampasan sebanyak sebulan gaji untuk setiap tahun perkhidmatan, tetapi syarikat aku menggunakan formula yang berbeza. Walau apapun formula yang digunakan, jumlah pampasan yang diberikan tidak boleh kurang dari formula yang dinyatakan dalam akta di atas (formulanya adalah sepeti dalam gambar di bawah).
Sepertinya yang aku nyatakan sebelum ini, aku bukanlah pakar dalam akta-akta di atas, tetapi jumlah minimum pampasan yang dinyatakan ini hanya layak untuk pekerja yang memenuhi kriteria dalam akta-akta tersebut. Maaf, jangan tanya aku, kerana aku sendiri tidak pasti. Cuma aku ingin mengingatkan bahawa ada kawan aku sendiri yang kehilangan pekerjaan tetapi tidak diberikan pampasan kerana dia tidak memenuhi kriteria.
Sebagai contoh, aku bekerja selama 6 tahun, tetapi pampasan yang aku terima adalah sebanyak RM50,000, jadi aku tidak akan dikenakan cukai kerana jumlahnya kurang dari RM60,000 (RM10,000 darab 6 tahun). Tetapi, jika lebih, jumlah lebihan itu akan dikenakan cukai.
By the way, jangan lupa untuk memohon faedah EIS dari SOCSO. =) Oh lupa, aku telah didenda sebanyak RM1500 oleh LHDN kerana tidak menyimpan dokumen-dokumen penting seperti resit pembayaran zakat dll. =(
Salam bro nak tanya pasal individu tidak akan dikenakan cukai sekiranya pampasan yang diberikan adalah kurang dari RM10,000 untuk setiap tahun perkhidmatan. Maksud nya kalau buat efiling, jumlah pampasan ni tak perlu letak dalam jumlah penggajian ke?
BalasPadam