Khamis, 25 Januari 2018

MOVIE REVIEW: MAZE RUNNER - THE DEATH CURE

ASSALAMUALAIKUM


aku ingat lagi, movie The Maze Runner yang first tu aku tengok kat Megamall Penang dengan ex-housemate aku.. sumpah time tu aku kagum sangat dengan dia punya konsep cerita, lain dari yang lain... so bila keluar yang second,, aku pun tak kertinggalan untuk tengok kat wayang... dan yang ketiga ni lagi lah,, semalam lagi aku dah tengok.. punya lah tak sabar... haha

walaupun yang first tu aku boleh ingat dengan agak jelas jalan ceritanya,, tapi yang second tu aku tak beberapa nak ingat sebab movie ni dah start jadi 'biasa'.. maksud aku,, jalan cerita dia sama je dengan movie-movie zombie yang lain.. kata orang, 'tipikal cerita zombie'... tahap 'biasa' dia tu sampai aku rasa better diaorang sambung balik je dalam Maze tu, main lari-lari cari jalan keluar macam dalam episod first... cuma yang pasti, episod kedua dan ketiga untuk movie ni bersambung secara cantik... maybe sebab depa guna pengarah yang sama untuk ketiga-tiga episod ni..

btw macam mana dengan yang ketiga ni? best ke? ataupun biasa-biasa je macam yang second tu?



hmmmm.... sebelum aku nyatakan aku punya review pasal movie ni,, aku nak cerita sedikit pasal dia punya plot...



episod kali secara asasnya berkisarkan percubaan Thomas dan kawan-kawannya yang lain menyelamatkan Minho yang sedang dipenjarakan oleh W.C.K.D untuk dijadikan sebagai bahan ujikaji bagi mencari penawar kepada virus penyebab zombi...

so berjaya ke Thomas selamatkan si Minho tu? yang tu korang kena p tengok sendiri kat wayang... 

tapi aku nak bagitau yang dalam episod kali ni ada dua orang kawan si Thomas yang mati dan ada seorang watak yang dalam episod first tu dia dah mati, tapi tiba-tiba muncul plak dalam episod ketiga ni,, sebagai salah satu watak utama plak tu.. haha...

dah, aku tak mau cerita lebih lebih,, nanti korang tak syiok plak nak tengok kat wayang sebab dah tau semua jalan cerita dia...

untuk movie kali ni, aku bagi 5.5 per 10 jer.. 

kalau ikutkan dia punya ending tu,, macam episod kali ni dah jadi episod terakhir untuk movie The Maze Runner ni.. jalan cerita untuk episod kali ni mungkin tak best, tapi yang pastinya ianya satu episod yang mampu menutup movie The Maze Runner ni dengan baik.. 

Sekian~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MOVIE REVIEW: DEADPOOL 2

ASSALAMUALAIKUM Maaf kerana lambat untuk tulis ulasan tentang filem Deadpool 2 yang telah mula ditayangkan di pawagam-pawagam selu...