catatan hati seorang perantau hakiki

ASSALAMUALAIKUM


Penat berjalan-jalan masih belum hilang kerana aku baru sahaja pulang dari bercuti di Phuket selama 4 hari 3 malam bersama 3 orang lagi kawan aku. Aku terbang dari Pulau Pinang ke Phuket pada hari Jumaat dengan menggunakan Firefly dan terbang pulang ke Kuala Lumpur pada hari Isnin lepas dengan menggunakan Air Asia sebelum mengambil penerbangan pada awal pagi pada hari berikutnya untuk pulang ke Pulau Pinang. Jumlah kos untuk tiket kapal terbang adalah sebanyak RM400.20 setelah tolak baucar RM50 yang diberikan oleh Firefly. 

Di Phuket, aku telah menginap di Patong Boutique Hotel. Walaupun harganya agak mahal iaitu kira-kira RM866 untuk 3 malam, lokasi hotel ini sangat strategik kerana ianya terletak betul-betul di hadapan Pantai Patong dan dekat dengan Bangla Road.






HARI KE-DUA: 
Phuket Town Tour

Pada hari ke-dua di Phuket, kami berempat membuat keputusan untuk mengambil pakej 1-hari berjalan-jalan di sekitar bandar Phuket. Harga pakej yang kami berjaya perolehi ialah 1300 Baht termasuk makan tengahari.

8:00 pagi: Dijemput di hotel oleh van syarikat perlancongan
8:45 pagi: Tiba di Karon View Point (Review: ★★★)


9:00 pagi: Pertunjukkan gajah, menaiki gajah, dan pertunjukan monyet (Review: ★★)
10:30 pagi: Tiba di Big Buddha statue (Review: ★★★)
11:30 pagi: Tiba di Wat Chalong temple (Review: ★★)


12:00 tengahari: Tiba di kilang gajus, Sri Bhurapa Orchid (Review: ★★)
12:30 tengahari: Tiba di ladang lebah, Big Bee (Review: ★)
12:45 tengahari: Tiba di WangTalang Gems International (Review: ★)
1:15 tengahari: Makan tengahari secara bufet di Hanuman World (halal food) (Review: ★★★★)
2:20 petang: Singgah sebentar di Phuket Town (Review: ★)
3:00 petang: Menyusuri sungai di Chalong (Review: ★★)
3:30 petang: Singgah di kuil Jui Tui (Review: ★★)
4:00 petang: Pulang ke hotel


HARI KE-TIGA:
James Bond tour

Pada hari ke-tiga, kami mengambil pakej melancong ke pulau James Bond dengan menaiki bot laju. Pakej ini berharga 1300 baht termasuk dengan makan tenghari.

8:00 pagi: Dijemput di hotel oleh van syarikat perlancongan
10:00 pagi: Bertolak dari jeti ke pulau James Bond
10:30 pagi: Tiba di pulau James Bond (Review: ★★★)


11:15 pagi: Makan tengahari di perkampungan orang Islam, Koh Panyee. (Review: ★★★)
1:00 tengahari: Berkayak di Hong Island (Review: ★★★★)
1:45 tengahari: Eksplorasi di sebuah gua (Review:★)
2:30 petang: Mandi-manda/Jet ski di pulau Naka Yai (Review: ★★★★)


3:30 petang: Pulang ke jeti


HARI KE-EMPAT:
Phi-phi Island dan Maya Bay tour

Pada hari terkahir kami di Phuket, kami telah mengambil pakej melancong ke pulau Phi-phi dan Maya Bay yang berharga 1240 baht. Oleh kerana kami ingin bergegas ke lapangan terbang setelah selesai berjalan-jalan, kami meminta agen perlancongan tersebut untuk menyediakan pengangkutan secara terus dari jeti ke lapangan terbang. Untuk pengangkutan tersebut, kami dikenakan sebanyak 200 baht seorang.

8:00 pagi: Dijemput di hotel oleh van syarikat perlancongan
10:00 pagi: Bertolak dari jeti ke pulau Khai Nok
11:30 pagi: Tiba di Monkey Beach (Review: ★★)
12:00 tengahari: Makan tengahari di pulau Phi-phi Don (Review: ★★★)


1:00 petang: Berhenti sebentar di Viking Cave  (Review: ★★)
1:15 petang: Mandi-manda di Pileh Cove (Review: ★★★★)
2:15 petang: Mandi-manda di Maya Bay (Review: ★★★★)


3:10 petang: Snorkeling di salah satu bahagian di pulau Phi-phi Leh (Review: ★★★★)
5:00 petang: Mandi-manda/Jet Ski di pulau Khai Nok (Review: ★★★)
5:45: Pulang ke jeti


***************************

PENUTUP

1. Di Patong, ada banyak gerai / booth yang menjual pakej-pakej perlancongan. Anda boleh bertanyakan harga terlebih dahulu di setiap kedai dan pilihlah harga yang paling murah. Jangan beli pakej yang harganya lebih mahal dari yang aku telah beli.

2. Terdapat banyak restoran halal di Patong, jadi anda tak perlu risau tentangnya. Tetapi harga makanan di sana agak mahal dan lebih mahal berbanding Malaysia. Oleh itu, mengambil pakej perlancongan adalah salah satu langkah yang bijak kerana makan tengahari kebiasaannya sudah termasuk di dalam pakej.

3. Memakai sunblock adalah satu kemestian!!

4. Secara peribadi, aku merasakan pulau-pulau di Malaysia lebih cantik.

5. Di Phuket, terdapat banyak kedai yang menyediakan perkhidmatan membuat suit dengan harga yang sangat murah iaitu sekitar rm600 dan siap dalam masa 24 jam.

6. Sekiranya ada menginap di Patong, anda boleh menghabiskan masa pada malam hari dengan berjalan ke Pantai Patong ataupun ke Bangla Road.

7. Untuk bergerak dari Lapangan Terbang Phuket ke hotel anda, digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan teksi atau van kerana ianya lebih murah berbanding Grab atau Uber.

***************************

Keywords:

1. Itinerary for 4 days in Phuket
2. Cheap tour package in Phuket
3. Pakej perlancongan murah di Phuket
4. Tempat-tempat menarik di Phuket
5. Makanan halal di Phuket

9 ulasan:

  1. Salam. Boleh tau tour mana yg awk ambil untuk town tour. 1300 bht utk 4 org termasuk makan?

    BalasPadam
  2. yup...kami nak tahu tour mane yg u ols amik? makanan halal kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makanan halal. =)
      Tour bergantung pada korang nanti. Banyak agent sekeliling phuket tu. cari je yang plg murah sbb content dia sama je. contoh nak pergi KL ke Terengganu la. ada banyak syarikat bas, pilih je yg plg murah. =)

      Padam
  3. salam..khidmat teksi atau van drp lapangan terbang phuket nak ke hotel tu..macam mana nak dapat ye..atau pun senang gila nak dapat sebab besepah kat luar phuket airport? and lagi 1 advise awak kalau sayaa nk sewe motor saya terus sewe sebelum balik hotel ke atau pun balik hotel dulu dengan teksi then baru kua balik sewe motor.sebab pergi bedua je jadi nak sewe motor je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat luar tu boleh dipercayai. Kalau naik van, tambangnya akan murah sedikit, tetapi dia akan tunggu van tu penuh dan kebiasaannya mereka akan berhenti di kedai-kedai tertentu (owner kedai tu dah bayar van tu supaya berhenti, dengan harapan kita akan membeli di kedai tu).

      Naik teksi, dia akan hantar straight to our hotel. mahal sedikit la, lebih lebih lagi naik berdua je.

      Pasal sewa motor, saya kurang pasti. CUmanya, dari airport ke phatong agak jauh.

      Padam
  4. salam. nak tanye harga kalau naik van depan lampangan terbang tu ke phatong berapa ye??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kurang daripada 200 baht. Dalam 180 baht rasanya.

      Padam
  5. Saya Madie ada perkhidmatan vip van dan kereta sewa kt phuket so ape2 bole hubung saya +66874765728 waslam

    BalasPadam