catatan hati seorang perantau hakiki

ASSALAMUALAIKUM


Dukun, sebuah filem seram yang dikatakan diispirasikan dari satu kisah benar ini sudah pastinya dinanti-nantikan oleh peminat-peminat filem seram seperti aku, lebih-lebih lagi filem ini telah diharamkan penayangannnya selama lebih 11 tahun.

Walaupun filem Dukun ini sudah boleh ditonton di internet secara haram dan percuma seperti di Facebook, aku tetap menghabiskan beberapa ringgit untuk menontonnya di pawagam sebagai tanda sokongan terhadap industri filem tempatan. Dan juga terdapat beberapa bahagian filem tersebut yang mungkin tak dapat anda tengok sekiranya anda menontonnya di internet. 



Filem ini dimulakan dengan penyataan bahawa ceritanya hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan sesiapapun samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tetapi setelah aku menonton filem ini sehingga tamat, aku dapati filem ini sememangnya ada sedikit persamaan dengan kisah pembunuhan oleh satu pasangan bomoh iaitu Mona Fandey dan suaminya yang berlaku pada tahun 1993. 


**********

Sinopsis filem dukun:
Secara asasnya filem ini adalah berkisarkan proses perbicaraan Diana di mahkamah.

Seorang bomoh perempuan yang bernama Diana Dahlan (Umie Aida)  telah ditangkap oleh pihak polis setelah disyaki melakukan pembunuhan terhadap seorang ahli perniagaan yang bernama Datuk Jefri Jailani (Adlin Aman Ramlie). Diana telah berjanji dengan Datuk Jefri untuk memberikan satu tongkat dari Kaum Batak yang dikatakan mempunyai kuasa sakti, dengan syarat Datuk Jefri perlu berpantang selama 4 hari sebelum ritual penyerahan tongkat tersebut. 

Antara pantang-pantang yang perlu dipatuhi oleh Datuk Jefri ialah hanya meminum air kosong, hanya memakai baju putih dan tidak melakukan seks dengan mana-mana perempuan. Sekiranya pantang-pantang ini dipatuhi, Datuk Jefri dikatakan akan menjadi kebal. Tetapi Datuk Jefri telah melanggar salah satu pantang-pantang tersebut yang akhirnya membawa kepada kematiannya ketika proses ritual dijalankan oleh Diana. 

Diana telah diwakili oleh seorang peguam yang bernama Karim (Faizal Hussein) untuk proses pembincaraan di mahkamah. Karim sebenarnya tidak berminat untuk menerima kes tersebut tetapi dia telah dijanjikan oleh seorang kenalannya di pejabat polis untuk tolong mencari anak perempuannya yang telah hilang selama 6 bulan. Seperti Mona Fandey, Diana sentiasa mengenakan mekap dan berpakaian cantik di mahkamah. 

Hubungan Karim dengan anak perempuannya yang bernama Nadia (Elyana) telah menjadi sedikit dingin sejak kehilangan isterinya kira-kira 10 tahun lepas. Walaupun dengan pertolongan Haji Daud yang merupakan bekas seorang anggota polis, Karim tetap gagal menemui Nadia. Haji Daud merasakan bahawa ada sesuatu benda ghaip yang menjadi penghalang dalam pencarian mereka. 

Walaupun Karim tidak menceritakan perihal kehilangan anaknya kepada Diana, Diana telah tahu hal tersebut dan berjanji untuk menolongnya untuk mencari anaknya itu dengan syarat Karim perlu mengambil beberapa barang dari rumah Diana yang merupakan lokasi pembunuhan Datuk Jefri. 

**********

Walaupun filem ini menafikan persamaannya dengan kisah Mona Fandey, terdapat beberapa persamaan antara keduanya. Sebagai contoh:

1. Mona Fandey dilaporkan sentiasa kelihatan cantik di mahkamah. → Sama seperti Diana dalam filem ini.

2. Setelah membunuh seorang ahli politik, Mona Fandey dilaporkan menghabiskan duit yang dicuri daripada ahli politik tersebut dengan membeli belah seperti barang-barang kemas dan kereta. → Dalam filem ini, Diana telah menghabiskan duit yang dibayar oleh Datuk Jefri sebelum proses ritual dengan membeli barang-barang kemas. 

3. Sebelum menjadi bomoh, Mona Fandey dilaporkan telah mencuba nasib untuk menjadi seorang penyanyi tetapi gagal. → Dalam filem ini, selain merupakan seorang bomoh, Diana juga merupakan seorang penyanyi di sebuah kelab malam. 

4. Dalam satu kes pembunuhan oleh Mona Fandey dan suaminya, seorang ahli politik telah dibunuh dengan kejam dimana badanya telah dipotong kepada 18 bahagian sebelum ditanam. → Dalam filem ini, badan Datuk Jefri juga telah dipotong kepada beberapa bahagian sebelum ditanam.

5. Mona Fandey mendakwa ahli politik yang dibunuh olehnya itu telah berhutang dengannya sebanyak RM2.5 juta setelah membeli daripadanya tongkat sakti dan songkok hikmat yang dikatakan milik Presiden Sukarno. → Dalam filem ini, Datuk Jefri telah berminat untuk membeli satu tongkat sakti dari Diana. 

*********

Secara keseluruhan, filem ini wajar diberi pujian kerana jalan ceritanya yang menarik dan tidak mudah diramal. Lakonan oleh para pelakon juga sangat mantap dan hebat terutamanya Umie Aida. Namun ada beberapa dialog lawak yang tidak menjadi dan bosan terutamanya dialog oleh Bront Palarae. Movie ini juga tidak banyak adegan-adegan seram kerana seperti yang aku nyatakan di atas, filem ini lebih berkisarkan proses perbicaraan Diana di mahkamah. 


Untuk filem ini aku bagi:


**********

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah pembunuhan oleh Mona Fandey dan suaminya, bolehlah tonton video dibawah:


**********


Keywords:

1. Ulasan cerita Dukun
2. Download movie Dukun online
3. Kaitan movie Dukun dengan Mona Fandey
4. Kisah sebenar Mona Fandey

Tiada ulasan:

Catat Ulasan