catatan hati seorang perantau hakiki

Assalamualaikum


Dibina dengan teknologi asas yang sama seperti pelayar yang paling dipercayai didunia iaitu Chrome, Salam Web menggunakan perkhidmatan VPN untuk menyekat lebih dari 1.4 juta laman web ya
ng mempunyai unsur-unsur bertentangan dengan ajaran Islam seperti pornografi, perjudian dan banyak lagi. Ini menjadikan Salam Web sabagai enjin carian patuh syariah pertama di dunia yang disahkan oleh Lembaga Penyeliaan Amanie Shariah.


Untuk mengesahkan kebolehan Salam Web ini, aku telah cuba mengakses satu laman web yang berunsurkan perjudian dan ternyata laman web tersebut telah disekat oleh Salam Web. 


Selain itu, Salam Web juga memperkenalkan fungsi SalamProtect di mana pengguna boleh mengklasifikasikan sesebuah laman web kepada tiga kategori iaitu senonoh, neutral dan tidak senonoh.

Boleh dimuat turun dari Google Play dan juga Apple Store, Salam Web juga dilengkapi dengan fungsi peringatan waktu solat dan penunjuk arah kiblat. 

Bersama-samalah kita berganding bahu dalam membentuk ummah yang berakhlak mulia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan