catatan hati seorang perantau hakiki

ASSALAMUALAIKUM


Sejak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia memperkenalkan rangka kerja Pengurusan Pelaburan Digital pada tahun 2017 bagi menyediakan pelabur tempatan dengan saluran yang lebih mudah, berpatutan dan boleh diakses untuk mengurus kekayaan mereka, beberapa platform penasihat pelaburan (robo-advisor) berlesen telah dilancarkan di Malaysia. Robo-advisor adalah platform digital yang menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan automatik berdasarkan algoritma, dengan sedikit atau tanpa campur tangan manusia. Sebenarnya robo-advisor adalah hampir sama dengan pelaburan unit amanah (unit trust) tetapi dengan kos/caj yang lebih murah. 

Salah satu robo-advisor yang ada di Malaysia ialah Wahed Invest yang dilancarkan pada tahun 2019.



MEMULAKAN PELABURAN DENGAN WAHED INVEST

1. Anda perlu memuat-turun aplikasi Wahed Invest di Google Play Store atau Apple App Store. 



2. Memulakan proses pendaftaran.

A) Ketika proses pendaftaran, anda akan ditanya beberapa soalan untuk algoritma Wahed Invest mencadangkan jenis portfolio yang sesuai untuk anda. 
B) Jenis portfolio ini boleh ditukar setiap 3 bulan. 
C) Untuk menerima ganjaran USD 5 (kira-kira RM20), jangan lupa untuk memasukkan kod rujukan 'mohazm4'. 


3. Memasukkan dana ke dalam akaun.

A) Minimum dana ialah RM100.
B) Sekurang-kurangnya 3 hari bekerja diperlukan untuk memproses deposit dana anda.
C) Setelah berjaya, Wahen Invest akan melabur dana anda berdasarkan jenis portfolio anda. 


4. Pantau prestasi dan lihat pegangan anda pada bila-bila masa. 


JENIS-JENIS PLATFORM YANG ADA DI DALAM WAHED INVEST
(turutan dari berisiko rendah ke berisiko tinggi)

I. Emas: 97.5% dana anda akan dilaburkan dalam emas.
II. Sangat Konservatif: 90.0% dalam sukuk.
III. Sederhana Konservatif: 75.0% dalam sukuk, 12.50% dalam saham Amerika Syarikat.
IV. Sederhana: 55.0% dalam sukuk, 22.5% dalam saham Amerika Syarikat.
V. Sederhana Agresif: 37.5% dalam saham Amerika Syarikat, 35.0% dalam sukuk.
VI. Agresif: 45.0% dalam saham Amerika Syarikat, 25.0% dalam sukuk.
VII: Sangat Agresif: 65.0% dalam saham Amerika Syarikat, 20.0% dalam saham Malaysia.


KELEBIHAN MELABUR DI WAHED INVEST BERBANDING MENYIMPAN DI BANK
(berdasarkan sinerio di bawah)

Dana Permulaan: RM100
Deposit Berulang: RM100 setiap bulan
Jenis Portfolio: Sederhana Agresif

Setelah 5 tahun;

A) Wahed Invest: RM 7747 (anggaran berdasarkan sejarah pulangan dari Mac 2011 hingga Februari 2020).
B) Bank: RM 6100 ~ RM 6487

**********


Untuk pengalaman aku sendiri, aku telah melabur di dalam Wahed Invest sejak Disember 2019 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1300.


Alhamdulillah, pulangan yang saya perolehi setakat ini melalui portfolio Sederhana Agresif ialah sebanyak RM57.88.

**********


Jadi, apa yang anda tunggu lagi, mulakan pelaburan anda di Wahed Invest dengan menggunakan kod rujukan 'mohazm4'.

mohazm4

Dengan menggunakan kod ini, kita berdua akan menerima ganjaran sebanyak USD 5 (kira-kira RM20). 

**********


Keywords:

1. Wahed Invest
2. Pelaburan patuh syariah di Malaysia
3. Jana wang dengan pelaburan patuh syariah

1 ulasan: