ASSALAMUALAIKUM
Seperti biasa, sekurang-kurangnya sekali setahun aku akan mengambil cuti panjang untuk melancong ke luar negara. Jika tahun lepas aku ke Medan, Indonesia selama 5 hari, tahun ini pula aku telah ke Taiwan selama 8 hari. Cuma perbezaan kali ini, aku pergi bersendirian dan bukannya dengan teman-teman seperti kebiasaan.
DAY 1: KUALA LUMPUR → TAIPEI → TAICHUNG
Perjalanan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan (TPE) mengambil masa kira-kira 4 jam setengah. Jangan silap, walaupun ibu negara Taiwan adalah Taipei, tetapi lapangan terbang utamanya bukanlah Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei Songshan, tetapi TPE yang terletak kira-kira 40 km dari pusat bandar Taipei.
Dari TPE, aku menaiki MRT untuk ke Taipei Main Station. Sebaik sahaja tiba, aku berjalan kaki ke Chang's Beef Noodles Shop untuk makan tengahari, sebelum meneruskan perjalanan ke menara Taipei 101. Sebagai tip, aku menggalakkan anda semua untuk menghubungi Biro Pelancongan Taiwan, Malaysia (https://www.taiwan.net.my/ms/) sebelum berlepas ke Taiwan untuk mendapatkan senarai restoran bersertifikat Halal di Taiwan.
Tepat pada pukul 4:50 petang, aku mula beratur di tempat yang dikhaskan, untuk naik ke Starbuck yang terletak di tingkat 35 menara Taipei 101. Apa yang menarik tentang Starbucks ini ialah ianya merupakan Starbucks yang tertinggi di dunia dan untuk masuk ke Starbuck ini, anda perlu menempah tempat duduk anda tujuh sehingga satu hari sebelum.
Setelah menghabiskan masa kira-kira 1 jam setengah di Starbucks, aku patah balik ke Taipei Main Station untuk menaiki keretapi ke Taichung dan bermalam di sana.
DAY 2: TAICHUNG → CHIAYI
Seawal 9 pagi, aku berjalan kaki ke Chun Shui Tang (Original Store) yang dikatakan sebagai pencipta teh susu boba di Taiwan. Selain teh susu boba, kedai ini juga menjual pelbagai menu makanan dan juga cenderamata. * Kedai ini tidak berstatus HALAL.
Kemudian, aku menaiki bas untuk ke National Museum of Natural Science sebelum berjalan kaki ke Anatolia Turkish Restaurant untuk makan tengah hari. Setelah mengisi perut dan berehat seketika, aku meneruskan perjalanan ke National Taichung Theatre.
***** KKday Tour *****

https://www.kkday.com/en/product/2583?cid=10253
Dari National Taichung Theatre, aku dibawa ke Rainbow Village yang terkenal dengan rumah-rumah yang dicat berwarna-warni. Kampung ini pada asalnya merupakan salah sebuah penempatan yang dibina untuk askar-askar veteren pada tahun 1950-an. Namun, pada tahun 1990-an, kerajaan Taiwan mula memusnahkan kampung-kampung penempatan ini. Bagi menghalang kampungnya daripada turut dimusnahkan, Huang Yong-Fu mula melukis dan mengecat dinding-dinding rumah di kampungnya.
Setelah itu, aku dibawa ke Gaomei Wetlands. Ditubuhkan pada tahun 2005, pada asalnya terdapat 18 turbin angin di sana, tetapi 6 daripadanya telah dimusnahkan oleh Taufan Soudelor pada tahun 2015. Barisan kincir angin ini menjadikan pemandangan di sini begitu menakjubkan terutama pada waktu senja. Satu jeti panjang juga disediakan untuk para pelawat melihat dengan lebih dekat kincir-kincir angin tersebut.
DAY 3: CHIAYI → TAIPEI
Seawal jam 8.30 pagi, aku telah pergi ke Stesen Chiayi untuk menaiki Keretapi Hutan Alishan (Alishan Forest Railway) yang dikatakan sebagai salah satu daripada keretapi gunung yang paling terkenal di dunia. Dibina oleh Jepun, keretapi ini pertama kali dibuka pada tahun 1912 untuk mengangkut pokok Cypress Taiwan dari Alishan yang berada di ketinggian 2216 meter.
Perkhidmatan Keretapi Hutan Alishan telah terganggu beberapa kali akibat mengalami kerosakan yang disebabkan bencana alam dan kini, keretapi ini hanya boleh membawa penumpang dari Stesen Chiayi ke Stesen Shizilu. Untuk ke Alishan National Forest Recreation Area, anda perlu menaiki bas. Aku tidak pasti dengan stesen lain, tetapi jangan terkejut atau pelik kerana Stesen Shizulu tidak mempunyai pintu tiket.
Sebagai tip, aku menasihatkan anda semua untuk membeli tiket bas pulang ke Stesen Chiayi terlebih dahulu sebelum memasuki Alishan National Forest Recreation Area kerana tiketnya cepat habis terjual. Dan, untuk mendapatkan discaun bagi tiket masuk ke Alishan National Forest Recreation Area, anda perlu menunjukkan tiket bas sebagai bukti yang anda telah datang dengan menggunakan perkhidmatan bas.
Dengan keluasan kira-kira 1400 hektar, Alishan National Forest Recreation memiliki kepelbagaian flora dan fauna seperti Alishan Mahonia dan Alisan's Salamander.
DAY 4: Taipei

https://www.kkday.com/en/product/2287?cid=10253
Dari Taipei Main Station, aku dibawa ke Yehliu Geopark yang terletak di utara Taiwan. Mula dikenali sejak 1962, disana terdapat beberapa pembentukan geologi unik seperti ikon "Queen's Head" yang menyerupai kepala dengan hidung, mulut dan mahkota. Selain Queen's Head, formasi lain yang unik termasuklah Honeycomb dan Princess' Head, yang membuatkan anda merasa seperti berada di Planet Marikh.
Dari sana, aku kemudiannya dibawa ke Shifen Old Street yang terkenal dengan tanglung langit atau dalam Bahasa Inggerisnya 'sky lantern'. Terletak di Pingxi, setiap tahun iaitu sekitar Tahun Baru Cina akan diadakan Perayaan Lantern Pingxi Sky yang menarik ribuan pengungjung. Tetapi, walaupun anda tidak melawat Taiwan semasa perayaan Tahun Baru Cina, anda masih boleh melepaskan tanglung langit ini di Shifen Old Street. Selain itu, jangan lupa juga untuk membeli cenderamata yang berbentuk tanglung di sini kerana harganya lebih murah berbanding di tempat lain. Harga yang aku perolehi di sini ialah, 250 NTD untuk 6 tanglung.
Akhir sekali aku dibawa ke Jiufen, iaitu sebuah kampung kecil di pergunungan yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Taipei. Kampung ini pada asalnya terkenal dengan aktiviti perlombongan emas yang membawa kepada pembangunannya. Namun, setelah aktiviti perlombongan emas merosot dan dihentikan pada tahun 1971, kampung ini telah dilupakan. Pada tahun 1989, kampung ini kembali menjadi tumpuan apabila filem A City of Sadness yang difilemkan di sana telah mendapat pengikhtirafan di seluruh dunia.
Di sana anda boleh bersiar-siar di sepanjang Jiufen Old Street, iaitu satu lorong sempit yang dipenuhi dengan pelbagai gerai menjual makanan, minuman, teh, cenderahati dan tembaga.
*****
Di sebelah malam, aku ke Delhi xPress Morocco Halal Restaurant di Taipei Main Station untuk makan malam sebelum menaiki MRT untuk ke Shilin Night Market. Terkenal dengan Oyster Omeleter, Shilin Night Market merupakan antara pasar malam terbesar dan terkenal di Taipei. Stesen MRT yang terdekat ialah Stesen Jiantan, bukannya Stesen Shilin.
DAY 5: Taipei → Hualien
Seawal 10 pagi, aku menaiki MRT ke Sun Yat-sen Memorial Hall. Terletak di Daerah Xinyi, dewan ini siap dibina pada tahun 1972 untuk memperingati Bapa Nasional Republik China iaitu Dr. Sun Yat-sen. Patung beliau boleh dilihat di pintu utama ke dewan dan ianya dijaga oleh dua orang pengawal. Setiap jam pengawal-pengawal tersebut akan diganti dengan dua orang pengawal yang lain melalui satu upacara khas yang dipanggil Guard Changing Ceremony.
Selain itu, terdapat juga pelbagai barang-barang sejarah yang berkaitan dengan penubuhan Republik China yang dipamerkan di sana.
Setelah selesai melihat upacara penukaran pengawal, aku berpatah balik ke Taipei Main Station untuk menaiki keretapi ke Hualien.
Sebaik sahaja aku tiba di Hualien, aku mengambil teksi ke Starbucks yang terletak di sebelah pusat membeli-belah New Paradiso (æ–°å¤©å ‚æ¨‚åœ’). Apa yang istimewa mengenai Starbucks ini ialah ia diperbuat daripada bekas!
DAY 6: Hualien
***** KLOOK *****
Dari Stesen Hualien, aku dibawa menikmati pemandangan pesisir Qingshui Cliff yang sungguh menakjubkan. Ketinggian purata tebing ini adalah kira-kira 800 meter dan terbentang indah lebih dari 21 kilometer di sepanjang Lautan Pasifik.
Kemudian, aku dibawa ke Shakadang Trail yang juga pernah dikenali sebagai Mysterious Valley Trail sebelum tahun 2001. Laluan ini dibina di sepanjang tebing Sungai Shakadang dan panjang keseluruhannya ialah kira-kira 4.4 km. Seperti yang diceritakan oleh jurupandu aku, 'Shakadang' bermaksud 'gigi' dalam bahasa asli Truku.
Setelah makan tengahari, aku dibawa melawat Kuil Changchung atau juga dikenali sebagai Eternal Spring Shrine, iaitu sebuah kuil yang dibina di lereng bukit bagi memperingati 226 orang yang meninggal dunia semasa pembinaan Lebuhraya Pulau Palang Tengah antara 1956-1960. Di bawah kuil ini, terdapat satu air terjun yang dikatakan tidak pernah berhenti mengalir.
Akhir sekali aku dibawa ke Qixingtan yang terkenal dengan pantai kerikil dan pemandangan hebat Lautan Pasifik.
*****
DAY 7: Hualien → Taipei

https://www.kkday.com/en/product/20522?cid=10253
Seawal 6:15 pagi, aku sudah terpacak di Hualien Station, menunggu dijemput oleh jurupandu aku untuk mendaki Taman Negara Toroko Gorge melalui Zhului Old Trail. Laluan ini pada asalnya dibina oleh penduduk asli Truku pada awal tahun 1800-an untuk pergi memburu. Kemudian, pada tahun 1917, orang Jepun telah mengarahkan orang asli Truku untuk melebarkan laluan tersebut dari 30 cm kepada 1.5 m. Dikatakan bahawa 37 orang terbunuh semasa pelebaran laluan ini dengan beberapa orang telah jatuh ke bawah dan ada yang terkena batu yang jatuh dari atas.
Pendakian bermula dari Jambatan Gantung Zhuili dan berakhir di Cliff Outpost dengan jarak sejauh 3.1 km. Di pertengahan perjalanan, anda akan melalui satu lagi jambatan gantung dengan pemandangan gaung yang amat menakjubkan.
Kemasukan ke Zhuilu Old Trail ini adalah terhad kepada 96 orang pada hari bekerja dan 156 orang pada hujung minggu dan hari cuti. Pelawat dikehendaki memohon permit masuk sekurang-kurangnya 24 jam sebelum dan waktu masuk adalah antara pukul 7 hingga 10 pagi. Jangan lupa untuk membawa bekalan minuman secukupnya kerana cuaca boleh menjadi sangat panas dan juga pasport anda untuk proses pengesahan pemohonan permit.
******
DAY 8: Taipei → Kuala Lumpur
Hari terakhir di Taiwan. Oleh kerana penerbangan aku dijadualkan berlepas pada pukul 7 malam dan aku perlu berada di lapangan terbang 3 jam sebelum, aku tidak banyak melakukan aktiviti pada hari tersebut.
Selepas mendaftar keluar dari hotel dan meminta izin untuk meninggalkan bagasi, aku pergi ke Elephant Mountain. Juga dikenali sebagai Nangang District Hiking Trail dan Xiangshan, bukit ini merupakan salah satu tempat terbaik untuk melihat menara Taipei 101. Untuk sampai ke anjung tinjau, anda perlu mendaki tangga selama lebih kurang 20 minit.
Kemudian, aku ke menara Taipei 101 lagi sekali untuk membeli Starbucks tumbler yang dipesan oleh kawan-kawan aku. Selepas itu, aku kembali ke hotel untuk mengambil bagasi aku sebelum menuju ke lapangan terbang.
***************************************
Aku mohon maaf kerana jadual perjalanan aku agak kucar-kacir kerana terpaksa diubah pada saat-saat akhir. Anda mungkin tidak dapat mengikuti jadual perjalanan saya sepenuhnya, tapi semoga tulisan aku dapat memberi idea untuk perjalanan anda ke Taiwan.
Keywords:
1. 8 Days 7 Nights in Taiwan
2. The Highest Starbucks in the World
3. The Best Railway in the World
4. The Best Spot to View Taipei 101

Tiada ulasan:
Catat Ulasan